,
Read

WIKIPEDIA Syawal 2017 — 24 Baju Raya PALING Menarik Pilihan Editor Fesyen InTend Malaysia

Public Anonymous User
21/06/2017
05:33 MYT

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram
1. RIZALMAN UNTUK ZALORA
Ikon fesyen lokal yang disegani, sekali lagi hadir sama koleksi busana raya bersama Zalora bersempena ulang tahun ke-25. Mengambil inspirasi rekaan label antarabangsa yang diolah cukup magnifique dan perfectly tailored sajak disarung pada lebaran.

Kredit foto: Rizalman untuk Zalora

Kredit foto: Rizalman untuk Zalora

2. MARINAH YAZID HOMME
Untuk sang pria, Marinah Yazid hadir sama seleksi baju raya yang mencuri tumpuan. Jubah hitam potongan kemas untuk mereka yang gemarkan gaya minimal, juga ada Baju Melayu potongan slim yang dipadu padan sama samping bersulam corak khas, jubah labuh dan celana kaki besar.

3. PETRA RTW
Jacquard bercetak floral antara yang paling mudah mencuri tumpuan dalam koleksi Petra untuk Hari Lebaran tahun ini. Pola panel pada sisi baju dan punjuk pada hujung lengan dihembus siluet klasik sarungan wanita kala ini. Juga ada suntikan ropol pada dada beri efek feminin lembut.

4. LYNDA RAHIM POPSICLE
Pastel dan lembut bak rona-rona ais krim jadi inspirasi dalam rekaan helaian untuk Hari Raya. Manik dan jemeki dalam palet berlawanan beri impak pada rekaan berteman ropol dan draping pada hadapan tubuh. Koleksi yang cukup feminin dan sajak untuk the girly girl.

5. MONOKROM XEMA SU
Palet rona hitam dan putih jadi pilihan, ia hadir dalam layangan fabrikasi ringan sajak sama cuaca Malaysia. Kurung moden kalis cahaya sama kain potongan lurus, kurung moden dipotong senteng sarung atas dress punya jemeki hijau adds colour to the otherwise clean look.

6. HATTA DOLMAT EID LUXE
Embloom Raya Luxe 2017 mengambil selera taman Inggeris yang romantis, lembut dan cukup flowy sajak sama rekaan pereka selebriti ini. Mainan kebaya sifon lembut berteman jemeki indah dan kain potongan duyung yang melawa. In love sama pilihan rona merah susu terbias indah, lengkap mainan cetak floral.

7. PU3RAYA 2017
Rekaan daripada pereka ini sering hadir sama intricate beading yang dijahit tangan, potongan pola serong dan mainan pattern cut yang exquisite. Untuk koleksi Hari Raya, PU3 masih kekal sama signature yang gemarkan fabrikasi kilat licin, renda berhias dan penuh rasa slinky.

8. FITRI ZAINAL UNTUK FASHION VALET
Boho Fusion 2.0 jadi hinggapan pereka fesyen Fitri Zainal untuk sub labelnya FZK yang bisa didapati di Fashion Valet. Memilih untuk berkarya sama dengan renda floral dalam siluet kurung yang ringkas, ia hidup sama tekstur dan perincian yang hadir dek fabrikasi tersendiri.

9. KHOON HOOI X MIN LUNA BESPOKE
Polyester dan sutera menjadi fabrikasi pilihan dalam kolaborasi antara pereka fesyen antarabangsa Khoon Hooi bersama penata gaya selebriti terkenal, Min Luna. Gaya raya yang cukup fashion forward ini hadir sama teman reben pada hujung lengan, pola lisu kotak dan cengkek embellished.

10. INNAI RED RAYA AT HOME
Fasha Sandha diangkat sebagai wajah wakilan untuk kempen fesyen Hari Lebaran jenama terkenal ini. Innai Red meraikan wanita yang sentiasa mahu tampak anggun bergaya kala menyambut hadirin yang datang bertandang ke rumah pada Hari Raya nanti.

11. PERSIAN SYOMIRIZWA GUPTA
Kurung lipat origami, mainan corak grafik berlawan dan kurung jalur labuh belakang menjadi teraju utama dalam koleksi Syomirizwa Gupta Eid Luxe 2017 — From Persian With Love. Mainan rona jewel tampak mewah dalam fabrikasi licin dan potongan erat memeluk tubuh, serlahkan sisi feminin si pemakai.

12. SEDONDON ASHRAFF ZAINAL
SepasangdansepadanpadapagiHari Raya menjadi kegemaran ramai. Maka Ashraff Zainal hadir sama selekta kurung moden dan baju Melayu dalam palet warna similar yang bisa digayakan pasangan. Renda digunakan dalam ajnas cara kala merealisasikan koleksi tahun ini.

13. ARDA PUTRA DI FASHION VALET
Label muda, Arda Putra tidak ketinggalan getting on the bandwagon dalam merencana koleksi raya, kali ini bersama Symphony Raya 2017 dan ia bisa didapati secara mudah di Fashion Valet. Kurung moden rona singular bermain gathers pada bawah baju dan lengan mencuri tumpuan.

14. FAZURA UNTUK HOUSE OF DOLL
Spectrum Raya 2017 jadi judul koleksi House of Doll empunya aktres dan ikon stail Nur Fazura hadir sama koleksi Baju Kurung moden yang menggunakan fabrikasi crepe dan perincian berkilat pada dada. Ilham rekaan juga punya ropol pada lengan mahupun dalam siluet klasik.

15. DIA RAYA DIA ADILA
Dia Adila by Adila Long meletakkan cetak burung hantu pada kurung moden rekaannya yang flowy dan moves nicely. Kempen yang dirakamkan oleh jurufoto Bibo Aswan ini tampak cukup haunting dan telah tular di laman sesawang dan media sosial kerana hasilnya yang gah dan cukup rasa klasik.

16. PRET-A-PORTER BY WOO/FIZIWOO
Label yang cukup terkenal sama helaian selebriti dan karpet merah tahun ini hadir sama beberapa koleksi raya antaranya kempen bertiga ini eksklusif untuk hub fesyen Pret-A-Porter. Koleksi baju sedia pakai berteman fabrikasi kilat dan lengan lembayung juga dirakam jurufoto, Bibo Aswan.

17. S. BAHARIM OLEH SYAIFUL BAHARIM
Season designer, Syaiful Baharim bersama sub labelnya S.Baharim mereka helaian sedia pakai yang boleh dibeli terus dari laman belanja Fashion Valet. Mengangkat tiga muse wanita ternama Tengku Chanela Jamidah, Elyna Effendi dan Nurul Husna sajak sekali sama selera kini.

18. JOVIAN JLUXE RAYA
Merah, hijau, merah susu, biru, coklat dan kundang jadi taruhan dalam rekaan JLUXE raya menerusi rangkaian sedia pakai label ini. Jovian cukup teruja untuk mereka koleksi ini setiap tahun kerana ia tersendiri dan sentiasa dinanti oleh penggemar JLuxe yang mahukan busana raya tersendiri.

19 . MEGA MIMPIKITA
Menyuntik selera grand dalam persalinan raya, Mimpikita hadir sama koleksi Bespoke yang cukup mencuri tumpuan indah. Kain cetak batik ikat pareo digayakan sama Kurung Kedah senteng dengan jemeki indah dirakam saksa oleh Aaron Lee di Lensworks Studio.

20. RIVETING RIZMAN RUZAINI
Nasha Aziz kembali ke hadapan kamera kali ini ditemani Rita Nadira untuk kempen raya pereka selebriti Rizman Ruzaini. Kempen yang dirakam Aaron Lee ini bermain sama kepulan asap putih yang mengembalikan semula pada rekaan glam feminin hitam dan putih berteman renda dan lisu.

21. KREE BALIK KAMPUNG
Kree tidak ketinggalan untuk hadir sama koleksi raya, label ini membawa sama ajnas koleksi dan pelbagai pilihan untuk memuaskan selera baju raya yang amat menggalakkan di luar sana. Kempen yang dirakam Bibo Aswan ini punya rasa pulang ke desa yang cukup mendamaikan.

22. SUMMERAYA RICO
Rico Rinaldi kembali sama koleksi Summeraya yang dipentaskan cukup gilang-gemilang. Mainan fabrikasi chevron, cetak dan renda bertepek manik cukup manis digayakan lengkap sama perhiasan kepala indah. Reben juga diperkenalkan dengan gaya yang lebih edgy dan menarik.

23. NURITA HARITH GAH!
Kelembutan wanita, glamor dan understatedly sexy menjadi subjek rekaan baju raya Nurita Harith untuk 2017. Pereka yang pentingkan kekemasan jahitan dan pilihan warna ini tidak segan bermain sama pleats, draping dan cut hole dada. Kempen raya ini dirakam oleh Aaron Lee.

24. KEMILAU ALIA BASTAMAM
She glistens in her Alia Bastamam, gaya raya yang bersahaja namun tidak langsung canggung mahupun gonjeng. Signature pereka yang sentiasa tampak luxe, flowy dan mewah hadir dalam kempen bersama Shir Chong dan Rita Nadira dirakam indah oleh Chee Wei di Yipieyaya Studio shows that less is more!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar