Read

Zaman KEJATUHAN – Nana Pernah Pinjam Kawan RM300 Jual Tudung, Tomok Ambil Job di Pentas Fun Fair.

gempak
Afiza Kamarulzaman
06/08/2020
14:45 MYT
Sponsor Banner
Zaman KEJATUHAN – Nana Pernah Pinjam Kawan RM300 Jual Tudung, Tomok Ambil Job di Pentas Fun Fair.
Gelombang dunia artis ada pasang dan surutnya. Bagaikan kehidupan seorang primadona dan biduan dalam sebuah cereka, kala disayang, mereka diangkat disanjung. Apabila sudah jelak, mereka dibuang tidak lagi dikenang. Siapa kata menjadi selebriti itu indah disimbah cahaya gemerlap?
Terangnya lampu yang menyimbah tidak lama mana. Sampai masa, ia malap lalu terus tenggelam dalam kegelapan. Jika ada peluang ke dua, ia timbul kembali dek sumbu pengganti.
Namun, bagi yang tidak bernasib baik, sumbu ke dua dipasang tidak bertahan jua. Akhirnya, teruslah mereka sepi daripada dunia artis yang penuh onak dan duri berbisa.
Kredit foto: Astro Warna
Aliran Nana dan Tomok Pernah Kelam Pada satu era awal tahun 2000 yang lalu, industri muzik kita pernah didominasi aliran lagu-lagu ‘leleh’ atau sendu. Kebangkitan nama-nama seperti Siti Nordiana dan Tomok dari kumpulan New Boyz mencatat sejarah tersendiri apabila mereka ‘meletup’ dengan barisan lagu-lagu tangkap leleh dan syahdu.
Mereka mengecapi dunia glamor sementara apabila satu demi satu kejayaan ditempa apabila setiap lagu dan album mereka laris mendapat sambutan. Namun, ia tidak lama apabila kebangkitan aliran muzik Indie pula mula mengenelamkan kemasyuran mereka itu. Lagu-lagu mereka mula diabaikan.
Ada yang menganggap mereka tidak lagi relevan, kekampungan dan tidak mengikut aliran semasa. Pada ketika ini, Nana dan Tomok mula merasakan detik sukar dalam kehidupan mereka sebagai artis. Hilang sumber pendapatan dan pekerjaan menjadikan mereka terpaksa mencari hala tuju lain.
Kredit foto: Astro Warna
Nana Jual Tudung Dari Rumah ke Rumah
Dalam rancangan Rumah No.107 ini nanti, Nana turut ditanya bagaimana terus survive dalam kehidupan bergelar suri rumah dan selepas bercerai dengan bekas suami?
“Oh, memang banyak dugaan berlaku dalam hidup Nana waktu itu. Dengan masalah keluarga dan duit, Nana jadi buntu. Nana pernah bekerja sebagai Education Caunselor tapi sedihnya ada yang datang waktu itu boleh bertanya, kenapa Nana bekerja begitu, dah tak ada duit ke?”
Lebih hiba lagi apabila Nana berkongsi bahawa dia pernah meminjam kawannya RM300 untuk memulakan perniagaan menjual tudung. Nana pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk berniaga. Itulah detik paling susah yang dirasakan untuk meneruskan kehidupan bersama anaknya.
Kredit foto: Astro Warna
Tomok Belajar Banyak Perkara Kala Kejatuhan
Dan Tomok juga pernah merasai detik-detik sukar itu. Biasalah, inilah kehidupan namanya. Tidak mudah untuk sentiasa berada di atas. Cerita Tomok, beberapa tahun juga dia cuba untuk naik semula apabila lagu-lagunya sudah mula dipinggirkan. Banyak pekerjaan yang cuba dilakukan termasuklah pernah menyanyi di pentas Fun Fair.
“Bukan kita nak kata Fun Fair itu pentas yang hina tetapi sekadar membandingkan waktu zaman kita di atas, kita dapat menyanyi di pentas yang gah dengan bayaran yang hebat tetapi selepas jatuh, kita hanya mampu diterima di Fun Fair dengan jumlah bayaran yang jauh berbeza dari dulu.”
Walau bagaimanapun, Tomok tidak menyesali dengan takdir itu. Ujian itu mengajarnya tentang banyak perkara. “Ya, zaman itu saya belajar tentang banyak perkara.
Untuk lebih menghargai apa yang kita ada seperti jangan boros pada waktu senang. Belajar untuk berjimat ketika rezeki mencurah. Jangan lupa diri...” tambah Tomok penuh makna.
Kredit foto: Astro Warna
Dan Kisah Nana Ditolak Untu Come Back dan Tomo Kehilangan Ayah
Untuk mengetahui lebih lanjut luahan hati Nana dan Tomok, jangan lupa esok, Jumaat jam 9 malam di Astro Warna untuk menyaksikan program Rumah No.107.
Antara yang mengusik hati apabila Nana turut berkongsi detik-detik dia mahu membuat ‘come back’ dalam bidang seni tetapi pihak syarikat rakaman mengatakan yang dia sudah tidak relevan!
Tomok turut menitiskan air mata kala ditanya perihal arwah Ayah yang meninggal akibat strok. Ternyata kesedihan itu masih bersisa apabila Tomok tidak mampu meluahkan apa yang terselindung di benak hatinya. “Saya jadi ‘lost’ apabila bercakap tentang arwah Ayah... saya di sini pun disebabkan arwah...”
Kredit foto: Astro Warna
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live