Oleh: Athirah Zulkifli

Siapakah Lin Ariffin?

Penyampai Radio di ZAYAN yang mengendalikan segmen #ZOTD dari Isnin – Jumaat, 10 pagi hingga 3 petang.

Ceritakan tentang latar belakang Lin Ariffin?

Berusia 31 tahun, saya pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa, UiTM Shah Alam. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Projek Digital di Media Prima. Kemudian beralih angin ke Astro dan melibatkan diri dalam bahagian kandungan program untuk Tutor TV, di samping menyampai berita untuk Capital TV.

Mula bergiat dalam dunia pengacaraan apabila diberi peluang mengacara program Bismillah Adduha di Astro Oasis. Kemudian ditawarkan menjadi penyampai di ZAYAN hingga ke hari ini.

Its a wrap for Zayan C.U.D.I.P.T first location. Alhamdulillah we get to meet students of KUIS, although i was still recovering from food poisoning . Thanks #Zayaners ? . #zayancudipt #zayanmy #indahdihati #zotd #salambros #zayancafe #zayanvalet #zayanfikir #tanyaabangjay

A post shared by Lin Ariffin Zayan #ZOTD (@lin_ariffin) on

Bagaimana bakat penyampai radio mula dikesan? Siapa pembuka jalan?

Sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk menjadi penyampai radio. Namun sejak kecil saya suka berangan menjadi pembaca berita atau pengacara TV tetapi bukan penyampai radio. Rezeki ini datang tanpa diduga sewaktu saya masih bersama program Bismillah Adduha.

Ketika itu, Pengurus Kandungan ZAYAN mencari seorang penyampai wanita lantas saya diberi peluang menghadiri audition, dan tak sangka rezeki berpihak kepada saya.

Ceritakan segmen pengendalian Lin di radio ZAYAN?

Saya mengendalikan segmen #ZOTD atau ZAYAN of The Day di mana saya berborak santai bersama pendengar mengenai fesyen Muslimah moden pada jam 10 - 11 pagi. Pada jam 11 pagi - 12 tengah hari adalah sesi kembara dan tips bagaimana komuniti Muslim menjelajah di seantero dunia.

Pada jam 12 tengah hari - 1 petang, fokus mengenai makanan misalnya makanan hipsters yang halal dan tempat makan best dibualkan. Jam 1 - 2 petang, masa untuk berkongsi fasal riadah, juga jenis sukan yang efisien dan sesuai buat Muslimah.

Pada jam terakhir, saya berkongsi berita, artikel atau cerita terkini atau tular tetapi hanya yang positif sahaja.

Im nicer when i like my outfit ?? . #linootd #ootd #wiwt #zotd

A post shared by Lin Ariffin Zayan #ZOTD (@lin_ariffin) on

Perkara terpenting yang anda pelajari daripada kerja penyampai radio ZAYAN?

Sejujurnya saya bersyukur kerana sebagai penyampai di ZAYAN, selain bekerja secara tidak langsung saya dapat menyampaikan dakwah kepada sasaran yang lebih meluas.

Saya juga sedari apabila banyak berbicara menjadikan saya lebih berkeyakinan, malah dapat menimba ilmu terutama sekali mengenai keagamaan kerana setiap hari saya perlu mempersiapkan show prep dan dari situlah banyak kajian saya lakukan melalui pembacaan.

Lima perkataan anda untuk ZAYAN?

Muslim, Moden, Kontemporari, Indah, Kebaikan dan Ilmu. Penyampai radio ikonik pilihan anda? Fara Fauzana dan Linda Onn kerana punya personaliti tersendiri.

Juga TYZO Suria, dek suaranya yang mempunyai karakter dan cara penyampaiannya yang bersahaja.

Betul Monday blues ni sorang tak cukup tidur, instagram husband pulak berangan ingat jari dia part of the creativity in my ootd photo. Takpe baby i maafkan ???‍♀️ . #linootd #zotd

A post shared by Lin Ariffin Zayan #ZOTD (@lin_ariffin) on

Mengapa rakyat Malaysia perlu mendengar ZAYAN?

ZAYAN adalah satu platform yang menyampaikan kandungan yang positif dan berinformasi. Cara penyampaian yang santai dan tidak membosankan. Malah lagu-lagu yang diputarkan juga ditapis dahulu liriknya supaya lagu yang diperdengar semuanya berunsur positif dan indah-indah sahaja.

Selain pilihan lagu-lagu yang segar, bukan sahaja dari Malaysia tetapi merangkumi lagu-lagu antarabangsa.

Ucapan untuk pendengar ZAYAN?

Harapan dan ucapan saya agar pendengar ZAYAN terus setia mendengarkan stesen radio ini. Meski masih ‘hijau’, namun dengan sokongan anda pasti satu hari nanti ZAYAN akan menjadi salah satu stesen radio pilihan ramai.

Ingatlah, jika apa yang kita lihat, dengar dan baca itu sesuatu yang positif, insya-Allah diri kita juga akan positif. Bantulah kami dalam dakwah yang penuh cabaran dalam zaman serba moden ini.

Alhamdulillah. Terus Indahkan Hati Anda Bersama Zayan ? #zayanmy #indahdihati #salambros #zotd #zayanvalet #zayancafe

A post shared by Lin Ariffin Zayan #ZOTD (@lin_ariffin) on

Apa sebenarnya ZAYAN?

Mungkin ramai yang keliru dan ingat ZAYAN berkaitan radio sahaja. Sebenarnya ZAYAN turut menyediakan laman sesawang dan media sosial sesuai dengan matlamatnya sebagai ‘Destinasi Gaya Hidup Muslim Moden’. ZAYAN menyediakan pelbagai kandungan merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandaskan gaya hidup Muslim moden kontemporari.

Gelombang baharu ini bukan sahaja tertumpu pada radio, bahkan turut menyajikan peminat muda alaf baharu yang sentiasa aktif menerokai dunia di media sosial seperti laman sesawangnya iaitu www.zayan.my, Facebook, Instagram dan YouTube, selain di aplikasinya tersendiri yang boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.

Floral pants dont have to be all sweet and frou-frou; you can make them edgy with an oversized cardigan, blazer or sweater. Extra points if you match it with your booties! . (Wearing hijab from @heeejabbymw , @lostink.official oversized jacket, @hm floral pants and booties) . #zotd #linootd #zayanmy #indahdihati

A post shared by Lin Ariffin Zayan #ZOTD (@lin_ariffin) on