,
Hiburan

Imranul Effendy Gementar Hadiri Uji Bakat Project: Kahar - “Saya Memang Dah Lama Nak Berlakon”

Mya Amri
27/03/2024
13:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Imranul Effendy tidak melepaskan peluang menghadiri sesi uji bakat pencarian pelakon bagi filem Project: Kahar yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Imran, dia tidak malu hadir ke sesi uji bakat untuk mencuba nasib kerana minatnya terhadap bidang lakonan.
“Kalau boleh saya nak tunjuk dekat Malaysia kehadiran saya dalam industri seni. Saya tak akan putus asa.
“Sebelum ini saya juga pernah menghadiri beberapa sesi uji bakat sebab saya memang dah lama nak berlakon.
“Saya percaya kalau rezeki tu ada maka adalah tapi disertakan dengan usaha. Walau apa pun jadi, kalau saya tak ada rezeki dekat sini saya tetap akan usaha untuk menjadi pelakon. Insya-Allah,” katanya ketika ditemui Gempak.

KELUARGA BERI SOKONGAN

Tambah Imran lagi, dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang tidak sering memberikan semangat kepadanya.
“Walaupun sudah beberapa kali menjalani sesi uji bakat sebelum ini namun jujur saya katakan masih lagi berasa gementar.
“Tapi bagi saya perasaan gementar ini dekat mana-mana pun ada. Jadi kita salurkan kan rasa gementar itu menjadi kekuatan kita. Itulah yang saya tanamkan dalam diri saya.
“Keluarga tahu saya datang uji bakat untuk Project: Kahar termasuklah kawan-kawan. Kebanyakan mereka mendoakan saya.
“Mereka juga memberikan semangat dan sokongan, jadi saya rasa bersyukur sangat.
Kalau bercakap mengenai harapan, saya harap minta mintalah saya dapat. Tidak kisahlah apa sahaja watak sekalipun dalam Project: Kahar ini,” ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Sambutan Menggalakkan, Pencarian Bakat Watak Filem Project: Kahar Disambung

Terdahulu, penerbit filem Project: Kahar iaitu Astro Shaw telah membuat uji bakat terbuka bagi pencarian pelakon untuk watak Beja dan Megat bermula 4 Mac sehingga 16 Mac lalu.
Disebabkan sambutan uji bakat yang menggalakkan, pihak Astro Shaw akan mengadakan sesi uji bakat tambahan untuk pencarian watak-watak lain dalam filem Project: Kahar buat mereka yang belum sempat menyertai atau kepada mereka yang sudah sertai sebelum ini tetapi tidak menerima panggilan untuk terpilih ke fasa seterusnya.
Uji bakat berlangsung dekat meriah selama dua hari pada 23 Mac di Mydin, USJ dan 24 Mac di Giant, Stadium Shah Alam.
Lokasi uji bakat seterusnya adalah pada 30 Mac di AEON BIG, Subang Jaya dan 31 Mac di Econsave, Klang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
05:21 MYT
Tahun ini, bukan sahaja abang Bomba dan JPJ yang menjadi tumpuan netizen namun kehadiran bintang filem Kahar: Kapla High Council dan Keluang Man juga turut menambahkemeriahan buat penonton yang hadir untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.
kaharkaplahighcouncil

Laku Keras! Sejak Hari Pertama Dikeluarkan, Baju Hoodie Eksklusif Kahar: Kapla High Council Dah Sold Out!

gempak
13/08/2024
15:55 MYT
Sama seperti filemnya, koleksi hoodie eksklusif Kahar: Kapla High Council juga mendapat sambutan hangat peminat.
Hiburan

Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

gempak
10/08/2024
03:55 MYT
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli sewaktu di zaman persekolahan.
Hiburan

Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

gempak
09/08/2024
12:54 MYT
Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika belajar di sekolah berasrama penuh dulu.
Hiburan

Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
08/08/2024
11:25 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem prekuel kepada siri fenomena, High Council iaitu Kahar Kapla High Council bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada November depan.