HIBURAN
Mimi Lana Luah Rasa Kecewa, Buli Tak Sepatutnya Berlaku Di Sekolah -“Mak Ayah Hantar Suruh Cari Ilmu, Bukan Berlagak Gangster”
Pelakon, Mimi Lana berharap pelajar sekolah tidak terjebak dengan sebarang gejala buli yang boleh memberi impak buruk terhadap masa depan sendiri.
Mimi menerusi hantaran di Insta Story miliknya menyatakan pelajar tidak seharusnya terjebak dengan jenayah dan memberi fokus kepada pelajaran demi masa depan mereka.
“Mak ayah hantar sekolah suruh cari ilmu, bukan nak berlagak gengster.
“Kalau rasa ‘power’ sangat dan tak boleh kawal emosi, pergi ambil kelas seni mempertahankan diri, masuk gelanggang lawan orang yang setanding,” tulisnya.
Luah Mimi lagi, gejala buli yang melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa pelajar juga tidak seharusnya berlaku.
“Bukan belasah budak sekolah macam tak ada akal.
“Dah masuk sekolah bijak, tolong jangan buat perangai bodoh!” tegasnya.
Untuk info, Mimi merupakan antara selebriti yang lantang meluahkan kemarahan, rasa sedih dan kecewa terhadap sistem perundangan berhubung isu buli Allahyarham Zara Qairina.
Ketika ini, #JusticeForZara menjadi trending dalam platform sosial, sebagai simbol solidariti terhadap mangsa dan desakan kepada pihak berkuasa agar tidak memandang ringan isu buli dalam kalangan pelajar sekolah.
Must-Watch Video