Skip to main content

Selebriti

"Kalau Benar Fazley & DSV Ada Jodoh, Saya Tumpang Gembira" - Cik Lan

Bakar isteri

Sekilas

  • Roslan Shah tidak kecewa melihat keakraban Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley Yaakob kerana jodoh dan ajal adalah ketentuan Tuhan.
  • Dia menafikan isu ‘rampas-merampas’ dan menegaskan hubungan persahabatan dengan Vida dan anak-anaknya masih baik.
  • Roslan bakal bekerjasama semula dengan Vida di Singapura dan berharap hubungan mereka kekal atas dasar persahabatan.

Pelakon dan pengacara, Roslan Shah mengakui dia tidak berasa kecewa selepas melihat keakraban usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) bersama penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.

Menurut Roslan atau mesra disapa Cik Lan, soal jodoh dan ajal adalah ketentuan Tuhan, malah dia turut menumpang gembira sekiranya mereka benar-benar ditakdirkan bersama.

“Bagi saya mudah sahaja, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Kalau benar Fazley dan DSV ada jodoh, saya tumpang gembira.

“Saya memang rapat dengan DSV dan anak-anak, tetapi tidak semestinya jika tidak sampai ke pelamin, kita perlu kecewa. Yang penting hubungan persahabatan tetap terjaga,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, tidak timbul isu ‘rampas-merampas’ seperti yang diperkatakan segelintir netizen, malah dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

“Ramai yang menghantar mesej dan meninggalkan komen bertanya mengapa saya tidak bersama DSV atau mendakwa Fazley sudah ‘merampas’ dia. Bagi saya, perkara itu tidak timbul langsung.

“Kita tidak tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi saya sentiasa mendoakan yang baik-baik. Jika itu jodoh mereka, Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik Lan menegaskan dia tidak pernah berkecil hati dengan situasi tersebut, malah hubungan baiknya dengan anak-anak Vida masih kekal sehingga hari ini

“Dulu Cik B dan Kacak menerima saya dengan baik. Jadi saya tidak pernah terasa hati. Saya seorang yang terbuka dan percaya setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.

“Cik B pun memanggil saya Papa Lan. Hubungan kami sangat baik dan saya akan terus menyokong DSV kerana dia seorang yang sangat baik,” katanya.

Dalam masa sama, Cik Lan turut mendedahkan dia bakal kembali bekerjasama dengan Vida di Singapura dalam tempoh dua minggu lagi sambil menegaskan hubungan mereka akan terus berjalan atas dasar persahabatan.

“Bagi saya, soal jodoh letak tepi dahulu. Apa yang penting, kami masih boleh bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Kalau benar mereka ditakdirkan bersama, saya doakan semoga hubungan itu berkekalan dan segala urusan mereka dipermudahkan. Saya hanya mahu melihat orang yang saya sayang bahagia,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement