Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kehadiran Keluang Man & Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council Meriahkan Lagi Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

Mya Amri
31/08/2024 05:21 MYT
Buat pertama kali dalam sejarah, dua karakter dari karya hiburan popular Malaysia iaitu Keluang Man dan Kahar dari siri fenomena Project High Council membuat penampilan istimewa dalam acara Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 dengan mengikuti perarakan Hari Kebangsaan.


Penampilan pertama watak Keluang Man dengan sut


Ini menyaksikan penampilan pertama watak Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar untuk tatapan umum dengan sut rasmi di depan khalayak ramai, di samping Amir Ahnaf yang sinonim dengan karakter Kahar.

Amir turut ditemani watak-watak lain dari filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu Kahar: Kapla High Council.

Mereka ialah Aedy Ashraf yang memegang watak Beja, Sky Iskandar (Megat), Thompson Goh (Li), Khenobu (Jojo), Fazziq Muqris (Zahrin) dan Fadhli Masoot (Hakeem).


Bas papar karakter Keluang Man & watak Kahar: Kapla High Council


Barisan bintang ini mengikuti perarakan Hari Kebangsaan dengan berada di atas bas KL Hop-On Hop-Off yang memaparkan karakter Keluang Man dan watak-watak dari Kahar: Kapla High Council di badan bas tersebut.

Selain para pelakon, turut bersama di atas bas tersebut ialah 10 pemenang bertuah peraduan Lesen High Council dari gempak.com.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata ini merupakan satu langkah bersejarah bagi Astro Shaw apabila berpeluang menyertai salah satu acara terbesar negara buat pertama kali.

"Kami bawakan filem terbitan Astro Shaw iaitu Keluang Man dan Kahar: Kapla High Council menyertai perarakan ini. Usaha ini adalah lambang sokongan kepada industri kreatif tempatan, sekaligus memeriahkan sambutan Hari Merdeka.


"Harapan kami dengan kemunculan individu-individu ini dapat membawa semangat baharu kepada sambutan Hari Kebangsaan, di samping merapatkan lagi hubungan di antara seni, hiburan dan masyarakat," ujarnya

ARTIKEL BERKAITAN:CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

ARTIKEL BERKAITAN:Gabungan 2 Jenama Ikonik, Keluang Man & Wonda Coffee Bersatu Dalam Kolaborasi Penuh Mengujakan!

ARTIKEL BERKAITAN:Mantap! Gambar First Look Kahar: Kapla High Council Ni Pun Dah Buat Ramai Tak Sabar Nak Tengok

ARTIKEL BERKAITAN:Astro Shaw Umum Watak Ikonik High Council Kembali Dalam Filam Kahar: Kapla High Council, Dedah First Look, Teaser Trailer & Teaser Poster


Selepas tamat sesi perarakan, barisan pelakon meluangkan masa untuk bertemu peminat di ‘booth’ Astro Shaw yang berada di lokasi berhampiran.

Ikuti perkembangan terbaru mengenai filem Keluang Man dan Kahar : Kapla High Council di media sosial Astro Shaw. Gunakan tanda pagar #KeluangMan #KaharKaplaHighCouncil untuk untuk berkongsi tentang filem ini di semua media sosial anda.

#Filem #Keluang Man #Kahar #Kahar Kapla High Council #Sambutan Hari Kebangsaan