Keluang Man

Gabungan 2 Jenama Ikonik, Keluang Man & Wonda Coffee Bersatu Dalam Kolaborasi Penuh Mengujakan!

gempak
Asyikin Mayudin
23/08/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Gabungan 2 Jenama Ikonik, Keluang Man & Wonda Coffee Bersatu Dalam Kolaborasi Penuh Mengujakan!
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee dengan bangganya melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.

Luah Rasa Teruja

Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Amy Gan, meluahkan rasa teruja dengan bekerjasama bersama Astro Shaw yang dianggap satu pengalaman unik.

"Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw bagi pelancaran ‘Wonda Kopi Edisi Kluang.’

"Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Astro Shaw bagi pelancaran ‘Wonda Kopi Edisi Kluang.’ Kerjasama ini bukan sekadar menggabungkan dua jenama ikonik, tetapi juga bertujuan mencipta pengalaman unik yang akan kekal dalam hati rakyat Malaysia.
“Keluang Man mempunyai tempat yang istimewa dalam hati ramai, dan kami ingin meraikan watak legenda ini dengan mempersembahkan produk yang menggabungkan kepakaran terbaik kopi Wonda dengan semangat juang yang diwakili oleh Keluang Man.
“Sama seperti kopi Kluang yang telah menjadi titik sentuhan budaya bagi rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, kami berharap edisi istimewa ini akan membangkitkan rasa perpaduan dan kebanggaan yang sama.
“Gabungan rasa yang kaya ini, diperkayakan dengan intipati Tongkat Ali, menghormati kekuatan dan ketahanan yang diwakili oleh Keluang Man. Kami yakin bahawa kerjasama ini adalah bukti kuasa penceritaan tempatan yang tercipta apabila dua jenama ikonik bergabung.
“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan pengguna melalui rasa nostalgia dan kegembiraan yang dibawa oleh Keluang Man. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pelancaran sut baru Keluang Man, yang melambangkan bab baru bagi watak legenda ini.
“Sama seperti sut Keluang Man yang menghubungkan tradisi dengan modeniti, Wonda Kopi Edisi Kluang bertujuan menggabungkan cita rasa kebudayaan kopi Malaysia dengan inovasi yang menangkap intipati dan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia.
“Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan memberi makna kepada peminat Keluang Man tetapi juga akan mencipta kenangan yang berkekalan untuk pencinta kopi di seluruh negara,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

​BERITA TRENDING: Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Cinta Seorang Cat Lover, Yayan Sanggup Habiskan Masa & Tenaga Selamatkan Kucing Jalanan

​BERITA TRENDING: Aleeya Zailan Puji Penganjuran Wonda Coffee Keluang Man Of The Month - “Ramai Yang Suka Buat Kebaikan”

​BERITA TRENDING: Undian Dibuka, XYZ Team, Yayan & Jiu Ming Ge Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!

Kini boleh didapati di seluruh negara, kerjasama ini bukan sahaja meraikan rasa kaya yang digemari rakyat Malaysia tetapi turut memperkenalkan rekaan baharu sut ikonik Keluang Man bagi versi filem ‘live action'.
Ini menandakan transformasi paling signifikan dalam sejarah watak tersebut apabila sut Keluang Man yang terbaharu itu menyaksikan perubahan dari sudut warna dan reka bentuk topeng.
Penerbit Eksekutif Keluang Man dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem Keluang Man mempunyai kekuatan tersendiri dan kolaborasi antara mereka bukan sahaja memberi pengalaman berbeza malah menjadi menanda permulaan baru dalam perfileman tempatan.
“Filem Keluang Man mempunyai kekuatannya tersendiri, di mana naskhah itu sendiri membuka ruang untuk tampil dengan pelbagai aktiviti dan kolaborasi menarik. Dengan bangganya, kami mengumumkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’; satu kolaborasi yang bukan hanya memberi pengalaman berbeza kepada penonton filem ini tetapi juga menandakan permulaan baru dalam usaha menjadikan filem tempatan sebagai platform terbaik untuk kolaborasi penjenamaan yang lebih kreatif dan berinovasi.
“Keluang Man dan Wonda Coffee adalah dua jenama ikonik tempatan, di mana Keluang Man bukan sekadar superhero animasi legenda, tetapi turut membawa lambang budaya. Begitu juga Wonda Coffee, yang terkenal dengan rasa asli Malaysia dan sangat dekat di hati masyarakat. Dengan menggandingkan dua jenama simbolik tempatan ini, kolaborasi ini meraikan identiti Malaysia dan kami berhasrat dapat mencipta lebih banyak momen yang mengujakan kepada penonton.
“Sementara itu, sejak kami umumkan tentang filem Keluang Man, antara yang menjadi tanda tanya terbesar dalam kalangan peminat adalah sut Keluang Man. Hari ini kami memperkenalkan sut rasmi Keluang Man bagi versi filem dan lebih mengujakan sut tersebut diberi nafas baru sekali gus menampilkan transformasi terbesar sejak watak penuh fenomena itu diperkenalkan.
“Lebih menarik, Keluang Man akan membuat penampilan umum buat pertama kali bersama sut baharu pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti,” katanya.
Usaha kerjasama strategik oleh dua peneraju gergasi dalam industri ini bertujuan memberi pengalaman menyeronokkan dan menyemarakkan lagi keterujaan peminat terhadap filem ini yang dijadualkan tayangan pada 2025.
‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ menampilkan watak Keluang Man di tin minuman, dan juga menawarkan rasa kopi susu dengan Tongkat Ali yang pastinya memikat selera penggemar minuman kopi tempatan.
‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ merupakan penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang terkenal, menawarkan rasa yang mencerminkan tradisi kopi bersejarah di daerah tersebut.
Dikenali dengan keharumannya yang mendalam dan aromatik, kopi gaya Kluang telah menjadi tunjang kehidupan setempat dan perhimpunan komuniti selama beberapa generasi.
Disuntik dengan khasiat bertenaga Tongkat Ali, kopi ini melambangkan kekuatan superhero Malaysia, mendorong peminat kopi mempunyai semangat wira dalam diri mereka!
Turut ditampilkan video komersial eksklusif ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ berdurasi 30 saat yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ezrie Gazali. Video tersebut boleh ditonton di platform media sosial Gempak serta tv komersial.
Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, Keluang Man terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu dan baru sahaja tamat sesi penggambaran dan kini dalam fasa post produksi.
Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor.
Dalam pada perkembangan lain, turut diperkenalkan kategori terbaru iaitu ‘Wonda Coffee Keluang Man Of The Month’ dalam program mingguan Gempak Most Wanted.
Kategori ini merupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di media sosial atas usaha murni yang telah mereka lakukan. Usaha ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak positif dalam komuniti.
Filem arahan pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, yang juga pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf ini membariskan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Keluang Man menjalin kerjasama strategik pemasaran bersama WONDA Coffee.
Nantikan filem adiwira ikonik Malaysia Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam tahun 2025. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Keluang Man di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live