,
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

Mya Amri
16/09/2024
00:13 MYT

Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.

Pada hari istimewa ini juga, kami akan menampilkan wira wira harian di kalangan yang Ikhlas membantu orang lain apabila kita amat memerlukan mereka, tanpa meminta apa-apa balasan. Mereka inilah yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Definisi seorang Wira Wonda tidak semestinya memerlukan kuasa khas atau superpower. Sebaliknya mereka ini merupakan orang biasa yang ada dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Sebagai contoh, pertolongan seperti tayar pancit ditepi jalan kemudian seseorang datang membantu menukarkannya, doktor yang ikhlas berkhidmat di medan perang, pengasas pusat HIV, malah pakcik Mike yang menjaga tiga orang anak yatim yang sudah dikira seperti anaknya juga boleh dianggap wira Malaysia. Amalan kebaikan ini adalah definisi sebenar wira yang menjadikan Malaysia kebanggaan kita.

Calonkan Wira Wonda Anda

Setelah anda mendengar kisah wira-wira yang dikongsikan, kami ingin menjemput anda untuk mencalonkan wira-wira dalam kehidupan harian yang telah membantu diri anda atau orang lain.

Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.

Inilah masanya untuk kongsikan kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya.

Calonkan mereka di www.wirawondakita.com , lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan akan diraikan dalam program MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).

Hasil gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan selain menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mari kongsikan sekarang!

Diinspirasikan oleh Wonda kopi Kluang Baharu. Cita rasa kita, wira kita.

(Tertakluk terma dan syarat)

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Sepasang Suami Isteri Tempuh Perjalanan 331km Demi Sambut Hari Malaysia

gempak
17/09/2024
10:25 MYT
Jarak perjalanan sejauh 331 kilometer dari Sandakan ke pusat bandar Kota KInabalu tidak menghalang pasangan suami isteri meraikan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

gempak
16/09/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.
Keluang Man

Mural Gergasi Keluang Man, Nas Anggap Satu Penghormatan - “Paling Besar, Tiga Tingkat Memang Hebat”

gempak
11/09/2024
12:25 MYT
Nas Muammar Zar menyatakan rasa berbesar hati melihat mural gergasi setinggi tiga tingkat superhero ikonik Malaysia, Keluang Man diabadikan di Kluang, Johor.
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.