Kilauan Emas

Kembali Selepas 7 Tahun Menyepi, Ini Cara Untuk Sertai Kilauan Emas Musim Terbaharu!

gempak
Firdaus
04/07/2024
07:10 MYT
Sponsor Banner
Kembali Selepas 7 Tahun Menyepi, Ini Cara Untuk Sertai Kilauan Emas Musim Terbaharu!
Setelah tujuh tahun menyepi, Program Realiti Nyanyian 'Otai Kembali Berbisa' Kilauan Emas kini kembali!
Masih sihat tubuh badan dan masih mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang penyanyi? Ayuh sertai ujibakat yang bakal diadakan pada 3 & 4 Ogos 2024 di SACC MALL Shah Alam.
Tidak seperti musim-musim sebelum ini, ujibakat Kilauan Emas 2024 kali ini hanya akan dijalankan di satu-satunya lokasi Lembah Klang iaitu SACC MALL Shah Alam selama dua hari pada 3 & 4 Ogos. Setelah di tapis, hanya 20 orang finalis yang terpilih akan berentap semula di pentas TOP 20 pada 5 Ogos 2024.
Antara syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 45 tahun ke atas
  • Tidak pernah merakamkan album
  • Tidak terikat dengan kontrak syarikat rakaman
  • Sekeping salinan kad pengenalan
  • Sekeping gambar berukuran 3R (kepala hingga paras pinggang)
Selain itu, senarai lagu WAJIB turut disediakan bagi peserta-peserta yang berminat untuk menyertai program Kilauan Emas.
Nak ‘walk -in’ tapi malas beratur dan takut borang penyertaan habis? Jangan risau. Peserta boleh hantarkan video nyanyian berdurasi 1 minit kepada aplikasi whatsapp di talian 017 248 0147 untuk mendapatkan nombor “fast lane” sebelum ujibakat.
Sekiranya video dipilih, pihak produksi akan menghubungi peserta untuk memberikan nombor ‘fast lane’
Untuk mereka yang berada di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis! Sekiranya ingin mencuba nasib, peserta boleh hadir ke Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah untuk menyertai on ground karaoke Ujibakat Kilauan Emas pada 5 Julai 2024 ini sebelum Sepahtu Reunion Tour berlangsung. Peserta juga berpeluang untuk mendapatkan nombor “Fast lane” sebelum ujibakat.
Kilauan Emas merupakan sebuah rancangan program reality televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah disiarkan sebanyak 6 musim di Astro Prima. Tidak seperti program realiti nyanyian yang lain, program ini mencari dan mengetengahkan bakat nyanyian bagi warga emas yang berumur 45 tahun ke atas. Selama 6 musim mengekalkan tagline ‘Otai Masih Berbisa’ , tahun ini masih menepati format dan tujuan rancangan dengan tagline baru “ Otai Kembali Berbisa”.
Rancangan Kilauan Emas sememangnya telah mengangkat Juara -Juara yang datang dari latar belakang yang menarik dan berlainan sejak tahun 2011, antaranya Ali Norpiah (Juara Musim 1), Fuad (Juara Musim 2), Meor Yazid (Juara Musim 3), Arip (Juara Musim 4), Wak Mustar (Juara Musim 5) dan yang terakhir Kilauan Emas Otai dimana juara setiap musim berentap kembali yang di menangi oleh Wak Mustar (Juara Musim 6).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live