Laman Utama
300 Killer Dish, Menu Bufet Ramadan PWTC Bikin Kecur Air Liur!
Ramadan menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya anda tercari-cari lokasi ideal untuk menjamu selera berbuka puasa.
Citarasa Warisan yang terletak di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) punyai jawapannya!
Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar, pihaknya menyediakan 300 menu buat pilihan pengunjung restoran.
"Kami menyediakan 300 menu masakan dari seluruh negeri di Malaysia dan semuanya terbaik!
"Dari Tempoyak Ikan Patin, Siput Sedut Masak Lemak hingga pencuci mulut, semestinya anda tidak akan menyesal jika memilih bufet Ramadan PWTC," katanya kepada Gempak.
Antara menu utama lain yang disediakan ialah Ayam Kampung Kerisik, Ayam Gulai Minang, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Paru Kari Kawah dan banyak lagi.
Manakala, hidangan sampingan pula terdiri daripada 13 jenis ulaman, 13 jenis kerabu, enam jenis keropok, lapan jenis jeruk, tujuh jenis ikan masin dan pelbagai lagi.
Sama juga seperti juadah pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional, kek, pai, bubur dan biskut untuk pilihan anda.
Lebih menarik, barisan cef yang diketuai Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu masakan ala kampung yang akan bertukar setiap minggu.
Harga bufet Ramadan di sini juga cuma RM88 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun. Berbaloi bukan?
Malah, bagi tempahan awal sebelum Ramadan, anda cuma perlu membayar RM75 seorang bagi dewasa.
Jadi, tunggu apa lagi? Segeralah tempah pakej bufet Ramadan Citarasa Warisan di Restoran Riverside PWTC.
Foto: Azrul, Dikbee.com
Must-Watch Video