Laman Utama
"Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! " - Ika Nabella Umum Hamil Anak Pertama?
Pelakon Ika Nabella mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil dari perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Zaid Aznam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ika berkongsi gambar terbaharunya dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya.
"Assalamualaikum Ramadan. InsyaAllah jika Allah izinkan, suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ni.
"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Doakan yang paling baik pleaseee semoga doa-doa itu berbalik pada kalian.
"Aminnn. Now I can use this emoticon, lol," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah pada Ika dan berharap dia dan baik akan berada dalam keadaan yang sihat.
Ada juga yang menasihati Ika supaya tidak berpuasa untuk sementara waktu memandangkan dia harus makan dan minum untuk menjaga kandungannya.
Ika Nabella dan Muhammad Zaid Aznam telah mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016.