,
Laman Utama

Berbuka Sampai Tersadai? Cuba 4 Langkah Ini, Lebih Sihat & Mengikut Sunnah!

Hanafis Haris
06/05/2019
06:16 MYT
Berbuka Sampai Tersadai? Cuba 4 Langkah Ini, Lebih Sihat & Mengikut Sunnah!
Jika sebelum ini Gempak berkongsi tips ketika sahur, kali ini tiba giliran tips berbuka pula.
BACA: Bersahur Janganlah Sampai Berpinggan-Pinggan, Ikuti 10 Tips Bersahur Kevin Zahri Ini!
Masih lagi tips dari perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan Kevin Zahri, ia memudahkan anda untuk berbukan secara teratur dan paling penting, lebih menyihatkan.
Ini empat perkara anda perlu lakukan ketika berbuka:
#1 Mulakan Dengan Kurma Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lama) untuk membolehkan anda solat terlebih dahulu sebelum menikmati juadah yang lebih berat.
Kurma juga kaya dengan potassium untuk membantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa seharian. #2 The 20 Minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka hingga untuk berasa kenyang, ia mengambil masa 20 minit.
Jika anda makan mendadak sepanjang 20 minit, kemungkinan besar anda akan makan berlebihan.
Jadi makan dulu dan fahamilah rasa kenyang itu akan datang selepas 20 minit.
#3 Target Kalori: 700KCAL Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal.
Tetapi tidak kira betapa sedap kuih-muih dan manisan yang disediakan, mulakan dengan hidangan seimbang untuk kawal nafsu makan.
Ikuti langkah ini:
-Senggenggam sumber karbohidrat: nasi bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain - Sumber protein berkualiti: Ayam, ikan, tofu, daging -Sumber serat: Sayur, kekacang dan buah-buahan - Akhir sekali barulah sedikit manisan seperti kuih-muih.
#4 Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, amalkan tiga air ini:
Air panas: Untuk bantu panaskan sistem penghadaman yang telah berehat 12 jam. Air kosong: Untuk hilangkan dahaga, tetapi jangan minum sehingga 3-4 gelas air. Ia membuatkan perut anda buncit dan tidak selesa. Take it slow and easy. Air manis: Untuk air manis, minum di penghujung berbuka. Jangan berlebihan kerana kalori juga akan berlebihan.
Mudah bukan? Anda boleh amalkan empat tips ini sepanjang tempoh berpuasa ini.
Jika mahukan lebih banyak tips, anda boleh rujuk di Instagram Kevin Zahri.
Selamat berpuasa dan berbuka!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan
BorakSeeni