,
Laman Utama

“Dah Beberapa Tahun Berbuka Dengan Air Putih…”- Salima AF4

Syafiqah Jalal
10/05/2019
08:52 MYT
Bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima mendedahkan selama beberapa kali menjalani ibadah Ramadan, dia hanya berbuka dengan air putih tanpa sebarang air manis.
Menurut Salima AF4, pada bulan Ramadan dia lebih memikirkan untuk memperbanyakkan amal ibadah bukan menu atau juadah mewah ketika berbuka puasa.
“Rumah saya sudah beberapa tahun berbuka dgn air putih, tiada air manis atau special. Kaw-kaw Sal di doktrin suami hehe... bende boleh jadi lebih baik dan bagus buat apa nak degil kan...
“Tapi moreh time Sal tetap minum cofee without sugar hehehe…
“Bulan Ramadan atau luar ramadan, tetap sama, satu lauk satu sayur, dan buah. Sesekali je ada menu istimewa.
“Lebih-lebih yang diutamakan pada bulan Ramadan adalah mengatur ibadah, sampai bila asik nak mengadun perut dan tekak je kan... sepanjang tahun kita layankan perut dan mulut kita ni nak makan apa, sepatutnya bulan yang kurang makan, jika berakhir dengan sangat banyak makan, sampai tak larat nak baca Quran, tak larat bangun malam, apa nilai puasa kita di bulan Ramadhan ini?
“Pesanan untuk diri sendiri... Moga tahun ni Ramadan kita jauh lebih baik dari tahun sebelum ini... ameen. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa,” tulisnya.
Salima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya turut mengambil perkongsian itu untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki amal ibadah di bulan Ramadan.
Salima berkahwin dengan penceramah bebas Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.

Rumah saya sudah beberapa tahun berbuka dgn air putih, tiada air manis atau special. Kaw2 sal di doktrin suami hehe... bende boleh jd lebih baik dan bagus buat apa nak degil kan...? . Tp moreh time sal tetap minum cofee without sugar hehehe?. . . Bulan ramadhan atau luar ramadhan, tetap sama, satu lauk satu sayur, dan buah. Sesekali je ada menu istimewa. . Lebih2 yg diutamakan pd bulan Ramadhan adalah mengatur ibadah, smp bile asik nk mengadun perut n tekak je kan... sepanjang tahun kita layankan perut n mulut kita ni nk mkn apa, sepatutnya bulan yg kurang mkn, jika berakhir dgn sgt bnyk mkn, smp tak larat nk baca Quran, tak larat bangun malam, apa nilai puasa kita dibulan Ramadhan ini? . Pesanan utk diri sendiri... Moga tahun ni Ramadhan kita jauh lebih baik dr thn sblm ini... ameen . Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

A post shared by Salima (@salimahabibi) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Unitar