Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dapat Duit Raya Terus Beli PS4” – Ariff Bahran Imbas Kenangan Raya

Mya Amri
06/06/2019 04:15 MYT
Penyanyi Ariff Bahran berkongsi kenangan manis menyambut hari raya suatu ketika dahulu.

Menurut Bahran, dia pernah mendapat duit raya dalam lingkungan jumlah RM700 hingga RM800.

“Kalau zaman dahulu duit raya yang saya pernah kumpul banyak juga jumlahnya dalm lingkungan RM700 ke RM800.

“Tapi duit itu semuanya saya habiskan buat beli game, pada waktu itu zaman-zaman PS4. Game FIFA paling popular jadi saya beli lah.

“Kalau nak tahu saya memang seorang yang suka main game tapi sekarang lama dah tak sentuh game sebab tak masa nak main, sibuk dengan kerja,” katanya kepada Gempak.

Bercerita mengenai raya, Bahran memberitahu keluarganya mempunyai tradisi tertentu setiap kali pulang ke kampung.

“Walaupun kampung saya hanya di Sungai Buluh dan Hulu Langat namun saya tak pernah rasa bosan kerana tradisi raya masih dikekalkan di sana dan ada feel raya.

“Malam raya banyak aktiviti, adik-beradik saya sahaja dah tujuh orang belum campur dengan sepupu-sepupu lain.

“Jadi kami akan diberikan tugasan, selalunya kerja saya adalah menyembelih ayam untuk dibuat rendang selain menolong mereka memasak.

“Manakala sepupu yang kecil pula bermain bunga api supaya tidak ‘kacau’ tugasan di dapur,” katanya ketawa.

Bahran atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari mula dikenali menerusi lagu single pertamanya yang berjudul Kata Akhirmu.

Namanya semakin menjadi sebutan selepas menyertai program realiti Astro, Big Stage dan berjaya melayakkan diri sehingga pusingan separuh akhir.
#Penyanyi #Penyanyi #Raya #Ariff Bahran