Laman Utama
Dari Meriah Bersama Ke Sempurna Seadanya
Acap kali tibanya Hari Raya, Astro pasti tampil dengan temanya tersendiri. Evolusi tema Aidilfitri ini dapat dilihat dari era Eratkan Jalinan, Kosong-kosong, Meriah Bersama dan diteruskan dengan Sempurna Seadanya bagi tahun ini. Di sebalik prosa puitis ‘Sempurna Seadanya’, terselit makna yang sungguh mendalam iaitu cinta tak mengenal sesiapa dan kasih sayang mengatasi segalanya. Bukan kebendaan yang dicari, namun kehadiran kita yang dinantikan oleh keluarga pada Aidilfitri ini.
Jika dilihat pada tahun lepas, iklan Gaya Ori Wak Nik dimartabatkan sebagai iklan Hari Raya yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia. Fenomena ini dihangatkan lagi apabila Gaya Ori telah memenangi beberapa anugerah di Kancil Awards dan diangkat sebagai finalis untuk YouTube Malaysia Award (Kategori Iklan Panjang). Tahun ini, Raya Kuasa 7 tampil untuk meneruskan tradisi iklan Raya Astro - padat dengan hiburan, nasihat dan kejutan.
Iklan ini mengisahkan keluarga Apai, yang mana setiap daripada mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing semasa Hari Raya. Namun, mereka terlupa, kuasa sebenar bukanlah pada barangan yang mereka pakai, namun pada kebersamaan ketika beraya. Menariknya, iklan ini menampilkan hero Gaya Ori sekali lagi - Wak Nik dan cameo istimewa daripada Tok Wan, yang tidak asing lagi dalam dunia Astro. Saksikan video penuh iklan Raya Kuasa 7 di bawah.
Kenali Personaliti Raya Kuasa 7
Tok Man Vintage
Paling klasik antara semua, inilah Tok Man, abang kepada Tok Wan. Dari dulu sampai sekarang, dia akan pastikan adat diteruskan. Selagi bernafas, selagi itulah songkoknya meninggi! Saksikan video Tok Man mengajar cara-cara memakai samping sambil berzapin di bawah.
Kak Ling Bling
Yang paling glamor di antara adik-beradik. Dia ni penggemar aksesori yang ‘bling-bling’. Bila dia bergerak , semua mata mesti tertumpu padanya. Silau sangat seperti merenung tepat ke arah spotlight. Dalam videonya, Kak Ling mengajar penonton cara-cara untuk mendapatkan swafoto yang paling mengancam.
Kak Mek Gyver
Tak suka duduk diam dan menggemari projek-projek gDIY. Inilah Kakak sulung Apai, cikgu kemahiran hidup yang inovatif! Memang kreatif sampai budak-budak dan mak bapak budak pun suka dengannya. Disebabkan dia ni cikgu, video Kak Mek Gyver akan mengajar korang macam mana nak buat pelita secara DIY.
Bang Cik Wak Nik
Abang Apai yang sangat mementingkan penampilan. Bagi dia gaya mesti ori. Walaupun stailo, dia ni tak reti nak sombong, ramah sampai cair hati mak-mak. Calon menantu gitewww. Mungkin ramai yang tak sedar yang Wak Nik ni prihatin, kan? Sebab itu dalam videonya, dia memberi pesanan khidmat masyarakat dalam bentuk tarian.
Anis Lembughini
Anak bongsu kepada Tok Man. Merupakan seorang usahawanita yang berjaya. Asal balik Raya mesti tukar kereta besar, lepas tu mesti ada benda nak dijualnya. Habislah bankrup makcik-makcik melayan kerenah dia. Baru-baru ni, jual make up plak dia! Bukan tu je, dia ni juga pakar pasal kereta. Kalau korang nak tau tips balik kampung dengan Anis, tengok video di bawah.
Apai
Dari kecil lagi hobinya memasak dan bercita-cita nak jadi chef popular satu hari nanti. Dalam keluarga ni dia je satu-satu yang dapat mewarisi resepi rendang Tok Wan. Dah macam tradisi, bila Raya dialah yang paling bertungkus-lumus di dapur demi keluarga tercinta.Kehebatan memasak Apai tiada bandingannya. Nak tunggu masa masuk pertandingan Masterchef jer! . Kalau tak percaya, cuba korang tengok video ni.
Kak Su Dondon
Seorang yang sangat pemalu dan paling sibuk bila Raya. Setiap tahun dia akan borong kain sepapan. Senang buat deko rumah dan baju Raya katanya. Walaupun pemalu, dialah yang paling mengutamakan ahli keluarga, tak kisah baju sama dengan langsir dan perabot. Janji rumah meriah ketika Hari Raya.
Di Sebalik Tabir Raya Kuasa 7
Idea asal dan skrip Raya Kuasa 7 dihasilkan oleh agensi periklanan Naga DDB Tribal dan Derrik Yaw dari Graph Studios memikul tugas sebagai pengarahnya. Penggambaran iklan ini berjalan selama dua hari di Banting, Selangor. Kami di Astro berharap agar mesej ‘Bila Bersama, Kita Sempurna Seadanya’ sampai ke hati semua rakyat Malaysia. Jom sambut Aidilfitri dengan meriah bersama keluarga dan sahabat handai yang tersayang. #sempurnaseadanya
Untuk lebih informasi, layari laman web astroraya.com.my sekarang!
Must-Watch Video