Laman Utama

"Kaya Harta Miskin Akhlak" - Cara Nia Ramadhani & Suami Berpakaian Ketika Ziarah Kubur Bapa Dikecam

gempak
Amri Hassan
08/05/2019
05:19 MYT
Sponsor Banner
"Kaya Harta Miskin Akhlak" - Cara Nia Ramadhani & Suami Berpakaian Ketika Ziarah Kubur Bapa Dikecam
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengundang kritikan netizen apabila tampil dengan pakaian yang kurang sopan ketika menziarahi pusara arwah bapanya, Prya Ramadhani.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Nia mengenakan baju kemeja berkotak, berseluar jeans dan meletakkan sehelai selendang hitam di atas kepalanya dan membiarkan rambut terdedah.
Manakala suaminya, Ardi Bakrie berseluar pendek coklat dan berbaju kemeja-t putih.
Ziarah Nia dan suami turut ditemani beberapa ahli keluarganya yang lain termasuk anak-anaknya.
View this post on Instagram
A post shared by Nia Ramadhani Bakrie (@ramadhaniabakrie) on
Tindakan Nia dengan berpakaian sedemikian mengundang rasa kurang senang peminatnya yang mengharapkan pasangan itu lebih berwaspada selepas ini.
"Dateng, tabur kembang, foto-foto, abis itu pulang. Sejak kapan orang ziarah pake celana pendek? Kaya harta miskin akhlak!!" tulis @vitiatsmn.
"Apakah kalian yakin, beliau yg ada di dalam kubur akan senang dengan kedatangan kalian, sedangkan kalian datang menziarahinya dengan membuka aurat! Ya Muhammad, inikah ummat yg engkau katakan, ummat di akhir zaman!" tambah @harun_al99.
"Ke tempat pemakaman kan niatnya mendoakan, harusnya berpakaian rapi (sopan)," tulis @hasan_chokurei.
"Ziarah kemakam kya mau kemall pakaianya,,sungguh sangat dsayangkan,,sebagai seorang muslim hormatilah almarhum dengan pkaian yang sopan," tambah @mhalasa1739 pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live