“Malam Tadi Mimpi Arwah Mama, Tanya Khabar Saya…”- Sayu Luahan Hati Linda Hashim
Syafiqah Jalal
13/05/2019 02:32 MYT
13/05/2019 02:32 MYT
Rindu pelakon Linda Hashim terhadap ibunya, Zurina Ariff akhirnya terubat apabila arwah ibunya hadir dalam mimpinya pada malam Jumaat lalu.
Linda berkata sudah berbelas tahun ibunya tidak muncul di dalam mimpi berjumpa dengannya.
Menurut Linda ibunya pergi terlalu awal iaitu sejak umurnya 16 tahun dan dia sendiri belum puas menerima kasih saying seorang ibu serta membalas jasa baiknya.
“Mama..Masyaallah..malam tadi mimpi arwah mama tanya kabar saya..padahal dah belas tahun tak mimpi dia.semalam dia datang dalam mimpi malam jumaat bulan Ramadan..mungkin memang dia datang tengok anak-anak dia kot wallahualam.
“Terima kasih Mama kerana melahirkan saya dari gelapnya rahimmu hingga terangnya dunia ni.kepada semua yang baca caption ni,hargailah ibu korang sementara dia masih ada..muliakan ibu korang kerana ibu adalah insan yang dimuliakan oleh Allah s.w.t.
“Beruntung orang yang masih ada ibu kerana dapat doa dari ibu kandung korang dimana doa ibu tiada hijab langsung sampai ke sana..saya sempat bersama ibu saya hingga umur saya 16tahun saja.
“Belum puas bermanja dengan dia belum cukup membalas jasa dia belum sempat memberi dia kesenangan dan belum sempat bagi apa-apa kat dia. Alfatihah Zurina bt Ariff,” tulisnya.
Linda berkongsi luahan rasa tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto ibunya bersama bapanya, Hashim.
Dikesempatan itu, dia turut mengucapkan selamat hari lahir buat bapanya.
“Abah..selamat ulang tahun abah yang ke 60th..Alhamdulillah masih bersama abah hingga ke hari ini..semoga abah diberi kesihatan yang baik dipanjangkan umur dilimpah ruahkan rezeki abah..walaupun abah jauh di kampung tapi angah tetap ingat abah dan nama abah sentiasa ada dalam doa angah,” katanya lagi.
Linda mendirikan rumah tangga bersama pelakon Beego pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 2 bulan.