,
Laman Utama

Manfaat Jus Buah Jika Diambil Ketika Berpuasa

Fiza Kamarudin
24/05/2019
04:26 MYT
Tahukah anda, berpuasa selama 14 jam sehari akan menyebabkan dehidrasi kepada tubuh badan dan adalah disarankan untuk meminum cairan yang mencukupi?
Selain minuman, pengambilan serat juga baik untuk tubuh badan kerana ia akan menjaga bahagian-bahagian penting dalam sistem pencernaan dan penghadaman manusia.
Letih ketika berpuasa adalah perkara biasa dan kita boleh mengatasinya jika mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur- sayuran.
Ini kerana kedua-duanya mampu meningkatkan fungsi otak, menurunkan berat badan, menambah sistem imunisasi tubuh untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Empat sebab mengapa kita perlu makan atau minum buah-buahan dan sayur-sayuran:
1. Kekal Segar dan Kuatkan Imuniti Macam mana nak puasa kalau badan tidak sihat dan lemah? Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan sumber vitamins dan mineral yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.
Tahukah Anda: Buah manggis selain mengandungi antioksidan yang tinggi, ia juga memiliki agen anti bakteria yang sangat bagus untuk sistem imuniti kita. Kandungan fiber di dalam buah manggis membantu menyihatkan tubuh badan dan bakteria baik serta melindungi sel imuniti tubuh badan.
2. Kekal Segar dan Cantik Berseri Susah nak bangun sahur kerana tidak cukup tidur dan susah nak lena? Jangan risau, nikmatilah jus buah oren agar tidur menjadi lebih nyenyak dan wajah pula kekal berseri ketika bangun bersahur.
Buah oren memiliki kandungan vitamin C yang tinggi yang membantu meningkatkan kolagen dan antioksidan yang kuat, yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
Tahukah Anda: Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan banyak masalah, termasuk kekurangan tidur. Penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C boleh membuatkan anda terjaga lebih kerap pada waktu malam. Vitamin C juga boleh mengatasi masalah lenguh dan kebas kaki. 3. Kekal Segar untuk Lebih Fokus Kekurangan tenaga boleh mengganggu konsentrasi bekerja. Jadi, apa kata minum jus buah beri sebelum memulakan aktiviti harian untuk meningkatkan tenaga tubuh dan membantu kita lebih fokus ketika menjalani aktiviti harian.
Tahukah anda: Semua jenis beri, iaitu blueberi, strawberi, raspberi dan blackberi adalah buah terbaik untuk otak kerana kaya dengan flavonoid, antioksidan yang tinggi untuk melindungi sel-sel otak dari kerosakan oksidatif.
Flavonaid khususnya, anthocyanin, memberikan beri warna-warna cantik. Penyelidikan menunjukkan flavonoid dapat meningkatkan kemahiran kognitif, termasuk menguatkan memori, pembelajaran dan membuat cepat membuat keputusan.
4. Kekal Segar dengan Detoksifikasi Jus campuran buah-buahan dan sayuran boleh menjadi pengganti makanan kerana ia mengenyangkan dan dapat membantu detoksifikasi kepada anda yang sedang diet. Ini kerana buah dan sayur mengandungi serat yang tinggi.
Tahukah anda: Serat yang terdapat dalam buah-buahan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Serat juga membantu mengekalkan makanan di dalam perut, supaya kita berasa kenyang dan tidak mudah berasa lapar.
Tidak sempat nak sediakan jus buah kerana kesibukan bekerja dan kekangan masa?
Tak mengapa, MARIGOLD PEEL FRESH Power Juice adalah penyelesaiannya!
MARIGOLD PEEL FRESH Power Juice sememangnya menyegarkan dan berkhasiat. Ia diperbuat daripada 100% jus buah-buhan dan diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan antioksidan. Khasiat jus sebenar, pelengkap juadah berbuka puasa sekeluarga.
SALAM RAMADAN dan Selamat Hari Raya daripada MARIGOLD PEEL FRESH.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Inginkan Minuman Menyegarkan Penuh Khasiat? MARIGOLD Peel Fresh Adalah Pelengkap Juadah Berbuka Puasa!

gempak
30/04/2021
04:38 MYT
Sedar tak sedar, Ramadan tiba lagi! Seperti biasa, juadah dan minuman lazat sentiasa menjadi pilihan untuk berbuka puasa.
Laman Utama

PDRM Kongsi Tips Ramadan Khas Untuk Pengunjung Bazar Ramadan

gempak
16/05/2019
13:31 MYT
Advertorial

Tips Untuk Kekal Segar Sepanjang Ramadan - No 5 Paling Mudah, Senang Je!

gempak
11/06/2018
09:00 MYT
Unitar