Laman Utama
Ramai Tak Tahu, Perak Dan Johor Pernah Raya Sehari Awal Pada Tahun 1983… Epik!
Tahukah anda bahawa negeri Perak dan Johor pernah merayakan Hari Raya Aidilfitri sehari awal berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
Kejadian berlaku pada tahun 1983 semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah.
Diceritakan sekumpulan nelayan yang baru pulang dari laut mengatakan mereka telah ternampak anak bulan dan berita itu tersebar luas ke seluruh negeri.
Desas-desus itu kemudian disahkan oleh pihak marin yang yang bertugas di laut.
Perkara itu kemudiannya sampai ke pengetahuan mufti dan dimaklumkan kepada Tuanku Sultan.
Sebaik sahaja Tuanku Sultan mengetahui akan berita itu, baginda terus menitahkan agar semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada rakyat jelata.
Dengan bantuan Jabatan Penerangan dan Polis, mereka menggunakan pembesar suara untuk mengumukan hari raya di kawasan bandar dan kampung-kampung.
Ada tempat yang menerima berita ini awal dan ada juga yang menerimanya tengah malam dan awal pagi. Sepantas kilatlah bangun dan bersiap untuk sambut raya!
Malahan, kerana Perak dan Johor menyambut Syawal sehari awal, siap ada perbalahan di antara sempadan Perak dan Selangor kerana orang di Perak telah beraya manakala orang di Selangor masih berpuasa. Lucu!
Kini, pengumuman Hari Raya diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di televisyen dan radio.
Sudah 36 tahun peristiwa epik itu berlalu, cuba bayangkan kalau peristiwa itu berlaku pada tahun 2019?
Sumber: Silver Retro dan Orang Perak
Must-Watch Video