Laman Utama
Sebelum Balik Beraya Sabah, Ezzaty Abdullah Kongsi Rezeki Dengan Anak Tahfiz
Pelakon dan Pengasas Vermillion Malaysia, Ezzaty Abdullah berkongsi kegembiraan menyambut lebaran yang bakal tiba bersama lebih 120 pelajar Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah (MATAN) Nilai, Negeri Sembilan.
Pada majlis berbuka puasa ini Ezzaty bersama syarikat Meta Expert Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada pertubuhan tersebut.
Pelakon yang terkenal melalui siri KL Gangster Underworld dan Empat Penjuru ini berkata, dia mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama bakal hafiz dan hafizah sebelum pulang menyambut syawal di kampung halaman suaminya Azwan Kombos di Kota Kinabalu, Sabah.
“Bulan puasa kali ni saya agak sibuk mempromosikan produk Vermillion di beberapa acara jualan hari raya.
Ada waktunya saya berkejar-kejar antara lokasi pengambaran dan booth jualan. Alhamdulillah rezeki untuk saya dan syarikat serta keluarga”, ujar Ezzaty.
Tambahnya lagi dia sangat bersyukur sempat menganjurkan majlis ini walaupun telah menghampiri penghujung ramadan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada adik-adik dan pihak pengurusan di MATAN kerana membuka peluang untuk majlis ini berlangsung.
“Tidak lupa kepada Meta Expert Sdn Bhd dan semua kakitangan yang menjayakan majlis ini. Saya hanya harapkan doa-doa terbaik untuk kami semua”, tambah pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mengakhiri perbualan.
Must-Watch Video