Laman Utama

Sedihnya, Kuih-Kuih Raya Ini Semakin Dilupakan Dan Hampir Pupus…

gempak
Fiza Kamarudin
27/05/2019
03:36 MYT
Sponsor Banner
Sedihnya, Kuih-Kuih Raya Ini Semakin Dilupakan Dan Hampir Pupus…
Ada tak yang buat kuih raya sendiri tahun ini? Atau beli sahaja kerana sibuk dengan urusan harian?
Kalau zaman dulu-dulu, dalam 20 tahun lepas, ‘mak-mak’ kita pada waktu-waktu begini (minggu akhir Ramadan) pasti akan sibuk di dapur buat kuih raya kan?
Macam-macam rupa dan bentuk. Ada putu kacang, putu beras, mama carey, kuih buah rotan, kuih dam, kuih karas dan lain-lain lagi.
Tetapi perasan tak, kuih-kuih yang disebutkan tadi dah jarang sekali kita nampak ia dihidangkan. Adakah semakin pupus?
1. Kuih putu kacang Kuih ini menggunakan kacang hijau sebagai bahan asas. Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan masyarakat Cina, ia juga dibuat oleh masyarakat Melayu. Cara pembuatannya agak rumit kerana kacang hijau mesti ditumbuk. Kacang hijau yang dikisar rasanya kurang ‘kick’dan akan kelihatan lebih kering berbanding penyediaan dengan menumbuk menggunakan lesung.
2. Biskut Mama Carey 20 tahun lepas, kalau pergi beraya di rumah orang yang ada ‘Mama Carey’, tuan rumah tu dianggap ‘up’, sebab nak buat agak rumit, nak beli pula mahal. Susah betul nak nampak kuih ni pagi raya sekarang kan?
3. Biskut dam Biskut dam ni, agak ‘famous’ dulu-dulu. Kalau betul-betul buat, dia akan rangup dan sedap. Kuih ni pun dah semakin pupus dan jarang nampak sekarang. Mungkin kerana leceh nak disediakan? Kena asingkan dua bancuhan doh berbeza iaitu vanilla dan coklat untuk warna yang berlainan. Ada juga yang buat vanilla dan strawberry. Sedapnyaaa…
4. Biskut sampan Paling susah nak jumpa kat kedai yang jual kuih raya. Tahu tak, nak buat kuih sampan ni pun rumit juga sebab bentuk sampan kena sama, acuan pula memang kena tepat. Kalau tak, sampan korang senget! Hehe..
5. Kuih karas Kuih karas ini biasanya terkenal di negeri Kedah. Selalunya tetamu akan tercari-cari kuih ini kerana teksturnya yang ringan dan rapuh. Orang dewasa, kanak-kanak semua suka kuih tradisional ni. Uniknya Kuih Karas ni sebab nampak macam ‘beehoon’ tetapi rasanya manis dan rangup.
6. Kuih suji Kuih suji sangat lembut dan rapuh mudah cair dimulut membuatkan ia sangat diminati oleh kanak-kanak. Teringat zaman kanak-kanak dulu, pergi je beraya rumah saudara mara, mesti ada je kuih suji terhidang atas meja. Cuma sekarang ini orang jarang dah nak buat.
7. Kuih batang buruk Walaupun nama dia ‘buruk’ tapi kuih tradisional ni popular tau! Sekarang masih ada orang buat tapi dah tak macam dulu senang nak cari. Sebab itu harganya pun agak tinggi sekarang ni, mungkin sebab antik kot?
8. Kuih rengginang Kuih ini juga sangat popular ketika musim perayaan suatu ketika dahulu dan sangat diminati semua orang. Ia merupakan kuih tradisional nusantara kerana ia juga popular di negara-negara sekitar nusantara iaitu, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand serta Filipina. Kuih ini adalah keropok beras pulut yang telah dijemur sebelum digoreng garing.
9. Kuih buah rotan Kuih buah rotan atau dikenali dengan nama kuih redan atau keciputan ini pun di antara biskut raya tradisional yang kian luput dan semakin dilupai oleh masyarakat hari ini.
10. Biskut Gajus Biskut ini 'simple' sahaja, ada gajus ditengahnya! Tapi bsikut ni pun dah susah nak jumpa kat rumah-rumah di Aidilfitri.
11. Putu Beras Sama seperti Putu Kacang, kuih ini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan cair dalam mulut! Warnanya pula putih bersih, tak sama seperti Putu Beras yang lebih keperangan. Serius, kuih ini sedap oi!
Agak-agak generasi baru ni kenal tak biskut dan kuih raya di atas? Apa kata bagi mengekalkan dan memastikan warisan nenek moyang kita dalam makanan tradisional dapat diteruskan, kita buat sendiri.
Sekurang-kurangnya generasi baru pun boleh kenal kuih muih yang sering dihidangkan dan menjadi kegilaan kita ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Dikesempatan ini, Gempak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!
Semoga Aidilfitri 2019 ini #sempurnaseadanya!
Sumber: Butterkicap.com *artikel telah diolah oleh penulis*
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live