Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Wa Bangga” – Tak Mahu Bazirkan Plastik, Alif Satar Ke Bazar Bawa Bekas Sendiri

Mya Amri
07/05/2019 05:57 MYT
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar membuat sedikit kelainan apabila ke bazar ramadan dengan membawa bekas makanan sendiri.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Alif menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“Wa pergi bazaar bawak bekas sendiri dowhhh!! Wa bangga!! #noplastics. P/s actually dah masak kari daging ala-ala 3 michelin star restaurant.

“Last-last lupa budak kecik dua orang ni tak makan pedas… Pikir perut sendiri je. Selamat berbuka peeps!” tulisnya.

wa pergi bazaar.. bawak bekas sendiri dowhhh!! wa bangga!! #noplastics ?????? p/s actually dah masak kari daging ala-ala 3 michelin star restaurant, last2 lupa budak kecik dua orang ni tak makan pedas.. pikir perut sendiri je?? selamat berbuka peeps!

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on


Menerusi ruangan komen, tindakan Alif itu mendapat pujian daripada pengikutnya.

“Ok boleh jadi ikutan ni pi baazar bawa bekas sendiri… Kalau bulan-bulan lain saya selalu bawa bekas untuk beli sarapan,” tulis @kim_nisa_88

“@alifsatar dulu beg plastik free sekarang beg plastik pun dah 20 sen. Good perfect idea. Bawak bekas sendiri free of charge… Duit isinya berupa makanan jer kena bayar haha,” puji @zulakmar_official

Terdahulu, Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.

Foto: Instagram @alifsatar
#pelakon #Alif Satar #Pelakon #Puasa
;