Maharaja Lawak Mega 2019

“12 Jam Menunggu Rasa Berat Hati” – Anak Ali Puteh Bergantung Pada Bantuan Pernafasan, Harap Ada Keajaiban

gempak
Mya Amri
12/11/2019
14:01 MYT
Sponsor Banner
“12 Jam Menunggu Rasa Berat Hati” – Anak Ali Puteh Bergantung Pada Bantuan Pernafasan, Harap Ada Keajaiban
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) memohon orang ramai mendoakan keadaan anak keduanya, Sharifah Ainul Mardhiah yang kini bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Menurut Ali, anak kesayangannya itu mengalami masalah komplikasi pada paru-paru selepas selesai menjalani pembedahan membetulkan injap jantung.
Ali memaklumkan perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya hari ini.
“Salam semua ni gambar pagi tada sebelum adik Ainul operation. Kali pertama kami dapat bergambar satu keluarga.
“Kepada yang bertanyakan anak saya Ainul Mardhiah... Jam 8 pagi tada masuk operation dan selesai jam 8 malam tadi.
“12 jam menunggu dengan rasa berat hati… Anak saya mengalami komplikasi pada paru-paru dia dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan.
“Doktor dah cuba sedaya upaya semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harap ada sinar buat anak walid dan ibu. Harap ada keajaiban dari Allah Yang Maha Esa. Doakan adik Ainul kuat,” tulisnya.
Terdahulu, pada Ogos lalu Ali mengesahkan puteri keduanya, Ainul Mardhiah mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024