Maharaja Lawak Mega 2019

“Ambil Iktibar Dan Akan Lebih Berhati-Hati” – RARE Mohon Maaf Isu Sindiran

gempak
Mya Amri
07/02/2020
06:17 MYT
Sponsor Banner
“Ambil Iktibar Dan Akan Lebih Berhati-Hati” – RARE Mohon Maaf Isu Sindiran
Anggota kumpulan Rare, Ajak, Ropie dan Ilya membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan isu sindiran sewaktu persembahan di pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) tahun lalu.
Menurut RARE, mereka tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berharap insiden itu menjadi iktibar buat RARE.
Permohonan maaf itu dibuat RARE secara esklusif menerusi Instagram HLive sebentar tadi.
“Di sini kami kumpulan Rare ingin menyatakan rasa kesal kami terhadap apa yang berlaku pada persembahan MLM2019 mungkin mengakibatkan penonton tersinggung dengan persembahan kami,” ujar Ilya.
Dalam pada itu Ajak juga menyatakan insiden tersebut meninggalkan impak besar terhadap kumpulan mereka.
“Insiden tersebut juga turut memberikan impak besar juga kepada kami kerana kami tanpa sengaja telah turut menyinggung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga kerajaan negeri Selangor,” kata Ajak.
Mengulas mengenai persembahan, Ropie berkata RARE akan mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih berhati-hati selepas ini.
“Dan kami telah mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di persembahan yang akan datang
“Dan kami berharap apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kami bertiga,” jelasnya.
Terdahulu, RARE telah membuat lawak berbentuk sindirian apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air yang kononnya untuk menapis kadar neutral dan kandungan pH (air).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live