Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: “Bila Dipelawa Saya Terus Tak Tolak!” – Shiha Zikir Beri Sebab Seronok Dengan STONE

Mya Amri
30/12/2019 08:48 MYT
Penyanyi dan pengacara Shiha Zikir akui gembira menjadi artis jemputan bagi kumpulan STONE untuk minggu suku akhir Maharalawak Mega (MLM2019) pada Jumaat.

Menurut Shiha, dia menerima tawaran itu kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin dalam bidang yang berlainan.

“Waktu dipelawa oleh kumpulan STONE sebagai guest artis malam ni, Shiha terus tak tolak walaupun dalam masa yang sama Shiha jadi host untuk Maharajalawak Live + di gempak.com.

“Sebab abang @azleesenario adalah salah seorang yang banyak bantu Shiha dalam industri ni... Dari show-show dengan abang @azleesenario la Shiha banyak belajar selok-belok nak perform atas stage bila ada dinner show hihi.

“Ditambah pula dengan orang-orang yang banyak pengalaman dalam bidang komedi, abang @acongsweetchild & @mamatsepah lagi la Shiha excited sebab nak belajar sesuatu dari mereka-mereka ni.

“Apa pun terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan terima kasih kerana sudi menghiburkan kami selama ni. Bukan senang nak buat orang ketawa guys. Hargai lah para komedian kita,” tulisnya menerusi kemas kini di Instagram.

Waktu dipelawa oleh Kumpulan Stone sebagai guest artis malam ni,Shiha terus tak tolak walaupun daam masa yang sama,Shiha jadi host untuk Maharajalawak Live + di gempak.com..Sebab abg @azleesenario adalah salah seorang yang banyak bantu Shiha dalam industri ni..Dari show2 dgn abg @azleesenario la Shiha banyak belajar selok belok nak perform atas stage bila ada dinner show hihi . Ditambah plak dengan orang2 yang banyak pengalaman dam bidang komedi , abg @acongsweetchild & @mamatsepah lagi la Shiha excited sebab nak belajar sesuatu dari mereka2 ni . Apa pun terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan terima kasih kerana sudi menghiburkan kami selama ni ? Bukan senang nk buat orang ketawa gais.Hargai lah para komedian kita ???

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi STONE apabila kumpulan itu tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 42.59%.

Terdahulu, Shiha sebelum ini pernah menyertai program komedi Muzikal Lawak Superstars bersama Chiwan dan Sharif Zero.

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Shiha Zikir #MLM2019 #STONE