Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: “Hanya Sketsa, JBORN tidak Dimiliki Mana-Mana Parti Politik” – Khir Rahman

Mya Amri
16/12/2019 11:00 MYT
Anggota kumpulan JBORN, Khir Rahman akui persembahan dipentas Maharaja Lawak Mega (MLM2019) minggu lalu tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Khir menjelaskan perkara itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya semalam.

Menurut Khir, persembahan itu hanyalah sekadar parodi yang diambil menerusi situasi yang telah menjadi viral sebelum ini.

“As Salam, sesedar saya... #JBORN tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik, kami tidak dibayar selain hanya untuk mempersembahkan sketsa bergenre komedi khususnya dipentas Maharaja Lawak Mega 2019 dan komedi ada banyak pendekatannya, 'parody' adalah satu darinya

“Apa yang telah kami pentaskan Jumaat lepas adalah sesuatu yang telah pun terpamer dan ditonton oleh banyak pihak sebelum itu.

“Maksud saya mengambil sesuatu yang telah 'viral' bukanlah satu pendekatan baru ianya telah lama diguna pakai.

“Cita rasa kita berbeza… Jborn ada cita rasa sendiri dalam membikin sketsa komedi. Sesedar saya Jborn jarang sekali mencari 'set up punch-line' sebaliknya lebih menekankan agar keseluruhan sketsa itu bersifat 'punchy' dan 'impactfull', adakalanya menjadi kesukaan ramai, adakalanya tidak… Ya, itu risikonya apabila mempertaruhkan pembaharuan.

“TANPA mempertikaikan perserta-peserta MLM yang lain. Jborn juga tidak mahu menjadikan ayat quran atau hadis sebagai 'punch-line' ini termasuk aksi-aksi yang berkaitan ibadah dalam Islam.

“Dan oleh kerana itu, kami persembahkan sebuah sketsa yang diasingkan dari ulasan PU Riz (lebih untuk semua / menghadap penonton).

“MORAL yang kami sampaikan adalah mudah bahawa para pemimpin mahupun ustaz dan alim ulama' harus terlebih dahulu mempamerkan 'moral' yang baik. #Ampun #SayaBelajar,” jelasnya.




Terdahulu, buat pertama kalinya, MLM membawa pendakwah ke pentas selepas bersiaran selama lapan tahun untuk minggu ketujuh MLM2019 yang bertemakan moral bersama selebriti jemputan Islamik.

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#MLM2019 #Khir Rahman #JBORN