MLM2019: “Kerusi Patah? Memang Kami Sengaja Prank” – Vicha Tergolek Rupanya Kerja JBORN
Mya Amri
25/11/2019 08:15 MYT
25/11/2019 08:15 MYT
Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) JBORN yang dianggotai oleh pelakon Khir Rahman, Joey dan Vicha menduduki tempat pertama dengan jumlah markah 64.91% untuk minggu keempat.
Malah persembahan mereka juga mendapat 5HA daripada juri tetap MLM2019, Datuk Jamal Abdillah.
Antara babak yang menjadi perhatian penonton adalah Vicha yang memegang watak sebagai Inul Dara O tiba-tiba terjatuh kerana kerusi didudukinya patah.
Bagaimanapun kata Joey, Vicha sama sekali tidak mengetahui mengenai kerusi palsu tersebut kerana kejadian itu merupakan ‘prank’ buatnya.
“Kerusi patah? Sebenarnya masa sesi latihan memang ada kerusi betul, jadi saya beritahu dekat pihak produksi untuk buat kerusi palsu yang menggunakan polisterin.
“Jadi bila tengok reaksi dia tu memang lucu, ini memang ‘prank’ yang dibuat untuk Vicha. Sebab saya memang mahu dapatkan reaksi Vicha itu.
“Tapi Vicha sebenarnya seorang yang sangat lasak, lebih lasak daripada apa yang berlaku atas pentas itu. Dia hanya terkejut sahaja, lain semuanya okay,” jelasnya.
MLM2019 minggu keempat yang bertemakan Cinta menyaksikan penyingkiran kumpulan ONXON dengan markah terendah 35.39%.
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega