Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: Rahmet Jadikan Ariel Peterpan Inspirasi Dalam Berkarya

Fiza Kamarudin
04/12/2019 14:58 MYT
Satu-satunya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dari Indonesia, Rahmet, mengaku menjadikan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel sebagai inspirasi dalam berkarya.

Rahmet berkata, dia meminati Peterpan sejak kecil bukan semata-mata populariti kumpulan tersebut tetapi karakter sikap positif dimiliki vokalisnya.

“Peterpan ni bukan lagu-lagu mereka sahaja yang bagus tetapi karakter setiap ahli kumpulannya juga bagus.

“Seperti Ariel, dia seorang yang berkarisma dan sangat positif. Dia berjaya keluar daripada kesukaran hidup ketika dilanda kontroversi satu ketika dahulu.

“Macam-macam yang dia lalui tetapi dia berjaya bertahan sehingga sekarang bersama Noah pula. Saya ingin menjadi seorang Ariel walaupun cabang kami dalam industri seni berbeza.

“Dia sumber inspirasi saya dalam berkarya,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahannya pada minggu lalu, Rahmet berkata konsentrasinya terganggu kerana mengalami demam.

Selain masalah kesihatan, Rahmet berkata dia tiba-tiba berasa gugup ketika membuat persembahan.

“Saya gugup…Tidak tahu mengapa, sedangkan ini bukanlah kali pertama saya di pentas.

"Ditambah lagi dengan demam, konsentrasi saya terus hilang. Saya minta maaf jika persembahan pada malam ini (minggu kelima) tidak mencapai kepuasan anda semua.

“Apa pun terima kasih kepada juri kerana memberikan 4 HA kepada saya,” katanya.

Pada minggu bertemakan kerjaya Jumaat lalu, Rahmet berada di tempat kesembilan dengan markah sebanyak 42.75%, di atas Jambus.

Jangan lupa saksikan minggu keenam MLM 2019 yang bertemakan ‘Muzikal’ Jumaat ini, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#MLM2019 #Rahmet