,
Maharaja Lawak Mega 2019

MLM2019: “Tak Ada Apa-Apalah, Saya Dah Keluar Hospital Pun…” – Rahim Rojak

Fiza Kamarudin
13/12/2019
06:53 MYT
Anggota kumpula Rojak dalam Maharajala Lawak Mega (MLM) 2019, Rahim memberitahu keadaannya baik selepas keluar dari hospital.
Rahim ketika dihubungi Gempak berkata, dia hanya menjalani pembedahan kecil dan tidak apa yang serius serta perlu dirisaukan.
“Saya sudah keluar dari hospital semalam selepas menjalani satu pembedahan kecil. Tidak ada apa yang seriu atau perlu dirisaukan.
“Semuanya okay, Insya-Allah malam ini saya akan bersama Chiwan dan Bell macam biasa,” katanya.
Tambah Rahim, dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu kerana bisul di bahagian badan mula dijangkiti kuman.
Katanya dia tidak menyangkan bisul yang dianggap biasa itu rupanya agak berbahaya sehingga boleh mengganggu kesihatan jika tidak di buang segera.
"Pada mulanya saya hanya sapu krim dan tak rasa bisul ni serius. Tapi akhirnya isteri yang bawa saya ke hospital dan menjalani pemeriksaan kerana saya demam.
"Doktor check dan kata, bisul ni kena dibuang segera sebelum menjadi lebih serius. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," katanya.
Minggu keenam menyaksikan, Rojak berada ditempat kedua dengan peratusan markah sebanyak 58.33% dengan Oppo Punchline sebanyak 11,805 undian secara online, juga kedua tertinggi.
Keputusan diperolehi Rojak itu mendapat pujian penonton dan peminat MLM 2019 yang berpendapat Rahim, Chiwan dan Bell cemerlang pada malam bertemakan muzikal, Jumaat lepas.
Mereka turut memberi kata-kata semangat kepada Rojak supaya terus memberikan persembahan terbaik kerana yakin Rojak mampu memberi kejutan kepada pesaing mereka yang lain.
Oleh itu jangan lupa saksikan malam bertemakan Moral bersama Rojak dan peserta lain yang tinggal iaitu Zero, Jborn, Rare, Bocey, Puteh, Stone dan Rahmet.
MLM 2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega 2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

gempak
13/02/2024
13:00 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf sanggup mewarnakan rambutnya blonde demi menghasilkan sebuah lakonan yang berkesan di dalam sebuah drama bersiri I.D yang bakal ditayangkan Februari ini.
Laman Utama

Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh

gempak
07/09/2023
09:47 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Laman Utama

Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu - “Mustahil Kalau Saya Kata Tidak Sedih”

gempak
29/08/2023
03:45 MYT
Bukan mudah nak hidup bermadu.
Laman Utama

Shuib Akhirnya Tampil Jawab Mengenai Status ‘Sepahtu’ - “Saya Tak Pernah Declare…”

gempak
15/02/2023
03:50 MYT
Semoga yang baik-baik saja...
Laman Utama

“Kami Tak Gaduh Tapi…”- Shuib Tak Akan Bersama Di Sepahtu Reunion Live Tour

gempak
06/10/2022
20:31 MYT
Sepahtu Reunion Live Tour akan ketiga negeri!