Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: Throwback Markah Penuh Minggu Keenam, ZERO Rampas Tempat JBORN

Mya Amri
13/12/2019 10:26 MYT
Minggu keenam Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Muzikal Lawak Superstar (MLS) menyaksikan hanya 8 kumpulan yang berentap malam ini.

Minggu lalu telah menyaksikan kumpulan ZERO menduduki tempat pertama dengan peratusan markah sebanyak 58.57%.

Bukan itu sahaja, ZERO juga membawa pulang anugerah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ di mana anugerah ini merupakan 100 peratus di tangan juri professional sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500!

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi SMART apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengan jumlah peratusan markah sebanyak 31.70%.

Kesemua bintang diadili 70% daripada juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Najib Ali, Lisa Surihani dan Inul Daratista manakala 30% lagi adalah undian.

Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh 14 bintang mengikut susunan paling tinggi.

1.ZERO – 58.57%
2.ROJAK – 58.33%
3.JBORN – 57.29%
4.RARE – 54.91%
5.BOCEY – 53.90%
6.PUTEH – 46.35%
7.STONE – 41.68%
8.RAHMET – 41.52%
9.SMART – 31.70%

Malam ini giliran siapa yang bakal tersingkir?

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Zero #MLM2019