Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

MLM2019: Throwback Markah, PUTEH Tempat Pertama & JBORN Bottom 4, Apa Dah Jadi?

Mya Amri
27/12/2019 07:19 MYT
Minggu kelapan Maharaja Lawak Mega (MLM2019) menyaksikan hanya enam kumpulan yang berentap malam ini.

Buat pertama kalinya minggu lalu, PUTEH telah menduduki tempat pertama dengan peratusan markah sebanyak 60.17%.

Sekalgus membuatkan PUTEH berjaya merangkul anugerah ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ di mana anugerah ini merupakan 100 peratus di tangan juri professional dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500!

Manakala JBORN mengejutkan penonton apabila menduduki tangga empat terbawah sebelum ROJAK dan RAHMET diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Kesemua bintang diadili 70% daripada juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Najib Ali, Lisa Surihani dan Inul Daratista manakala 30% lagi adalah undian.

Di sini Gempak senaraikan markah penuh yang diperolehi oleh lapan bintang mengikut susunan paling tinggi.

1.PUTEH – 60.17%
2.RARE – 58.89%
3.ZERO – 57.81%
4.BOCEY – 55.06%
5.JBORN – 54.72%
6.STONE – 47.57%
7.ROJAK – 45.14%
8.RAHMET – 37.89%

Malam ini giliran siapa yang bakal tersingkir?

MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
#Puteh #MLM2019 #JBORN