“Sepatutnya Kalau Cerita Tak Ada Unsur Lucah, Negatif Atau Sensitif Lepas Je La…” – Tiga Kali Cerita Kena ‘Reject’, OnxOn Tak Ralat Disingkir
Fiza Kamarudin
26/11/2019 14:20 MYT
26/11/2019 14:20 MYT
Kumpulan OnxOn gagal meneruskan persaingan ke minggu seterusnya di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 selepas tersingkir pada minggu keempat, Jumaat lepas.
OnxOn ketika ditemui Gempak berkata, mereka tidak terkilan cuma meminta pihak produksi memberi lebih kepercayaan kepada setiap peserta yang mengambil bahagian.
Salah seorang anggota OnxOn, Azrul berkata, cerita mereka ‘direject’ tiga kali oleh pihak produksi kerana dikatakan mempunyai watak yang sama dengan kumpulan lain.
“Mereka kata watak Inul dan anggota KRU yang sepatutnya kami bawa, sama dengan kumpulan lain. Tapi sebenarnya tak sama pun, sebab kami bawa watak suami kepada Inul dan Yusry.
“Memang tak sama langsung pun dengan kumpulan yang lagi satu. Apa pun kami berpuas hati kerana sepanjang pertandingan kami berjaya hindarkan lawak-lawak ‘bodyshaming’ atau menggunakan juri sebagai ‘props’,” katanya.
Tambah Azrul lagi, selepas cerita mereka ‘direject’ kali ketiga pada petang Jumaat mereka tetapp meneruskan persembahan dengan apa yang ada sahaja.
“Terus-terang kami memang kelam kabut kerana terpaksa bermula semula dari kosong dan siapkan sketsa baru.
“Bayangkan kami hanya ada beberapa jam sahaja untuk naik ke pentas dan membuat persembahan. Hasilnya seperti yang anda semua tonton tadilah.
“Saya harap selepas ini pihak produksi boleh memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih jalan cerita mereka sendiri supaya peserta lebih puas.
“Tak perlu kawal bahan sketsa peserta sebenarnya…Asalkan peserta yakin dengan bahan mereka sudahlah, dan selepas itu biar penonton dan juri yang nilai ‘content’ peserta baik atau tidak.
“Bila bahan sendiri tanpa campur tangan yang terlalu banyak dari pihak produksi, peserta tanggung sendiri…Lebih baik begitu,”
“Apa yang mereka (produksi) perlu kawal ialah kandungan yang hendak dipersembahkan tidak terkandung isu-isu sensitif melibatkan politik dan agama serta lucah,” katanya.
Dalam pada itu, juri tetap, Najib Ali menyifatkan persembahan OnxOn yang dianggotai oleh Azrul Zaidi, Gbob dan Che Mat gagal menarik perhatian kerana masih belum berjaya memberi rasa dan menunjukkan kekuatan mereka dalam persembahan komedi yang ditampilkan pada pentas MLM2019.
Selain OnxOn, tiga lagi peserta yang berada pada kedudukan terendah untuk minggu yang mengetengahkan tema cinta ialah Puteh, Jambus dan Rojak.
Sementara itu, kumpulan Smart sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Oppo Punchline Machine menerusi undian penonton, manakala Flamintoz Kumpulan Paling Syok pula menjadi milik kumpulan Jborn yang berjaya menarik perhatian barisan juri menerusi markah tertinggi yang diperoleh.
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
Persaingan minggu depan akan diteruskan oleh kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare, Stone, Rahmet, Jambus, Puteh dan Rojak.
Selain Najib Ali, kesemua peserta turut diadili juri tetap yang terdiri daripada Inul Daratista, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.
MLM2019 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat bermula 1 November lalu.
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega