Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Sihat Atau Sakit, Nikmat Yang Perlu Kita Syukuri” - Izzue Islam Masuk Hospital

Mya Amri
07/01/2020 12:39 MYT
Pelakon dan penyanyi Izzue Islam dimasukkan ke hospital akibat yang berkaitan dengan saluran hempedu.

Izzue memaklumkan perkara itu menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Posting itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Izzue sedang terbaring di atas katil sebuah hospital dengan memakai alat bantuan pernafasan.

“Sihat ataupun sakit, kedua-duanya merupakan nikmat yang perlu kita syukuri. #SirosisBiliariPrimer,” tulisnya.

Sihat ataupun sakit, kedua-duanya merupakan nikmat yang perlu kita syukuri. Terima kasih @amirulhaswendy dtg melawat ? #SirosisBiliariPrimer

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on


Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Izzue dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka cepat sembuh dan mendapat rehat secukupnya.

“Semoga cepat sembuh pokjue!” tulis @alia.nadhirah

“Semoga abang Izzue cepat sembuh. Amin,” komen @khairul_jaybee1234

Dalam perkembangan terbaru, Izzue menggalas tanggungjawab sebagai ‘atuk kepsi’ di belakang tabir Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang bersiaran setiap Jumaat secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
#pelakon #Izzue Islam #Pelakon #MLM2019
;