Maharaja Lawak Mega 2021
#MissK: Pelawak Bongkak, Toxic!
Simple dan sweet je tajuk Miss K hari ni kan? Bukannya apa malas nak describe panjang-panjang dekat tajuk nanti korang semua tak baca isi dalam!
Ok al-kisahnya begini…Bukan sekali dua ya cerita tentang pe’el buruk pelawak ni. Nak kata popular…bolehlah…
Popularlah juga, itu pun selepas beberapa tahun mengalami ‘zaman gelap’ dan tidak dipandang langsung oleh mana-mana produksi.
Tapi nama kembali menjadi sebutan selepas kawan-kawan ‘hulurkan tangan, ringankan beban’ pelawak tak sedar ni.
Haaa…pernah dengar tak ‘kacang lupakan kulit’? Miss K dengan sejak-sejak dah kembali dikenali ni bukan main hebat pijak kepala orang lain.
Hatta kawan-kawan yang pernah tolong dia pun dipandang sebelah mata…Eh, tak pandang langsung sebab rasa diri dah hebat dan gemilang!
Padahal, taklah lawak mana pun. Biashe-biashe je boss! Oh ya…selain perasan diri bagus, pelawak ni juga ada perangai talam dua muka.
Pegi dekat A tadah muka, merayu…Dah ok sikit, dia tinggalkan A, pergi kepada B…Modus operandi sama…Mendah muka, merayu dan ‘plingggg!’ ditinggalkan juga. Pergi pula kepada C…pun samaaaaa!
Yang paling tak best dari ‘dahan ke dahan’ yang di hinggap tu…Ditabur pula cerita buruk. Kepada B diceritakan keburukan A. Kepada C ditabur pula aib B. Haih!
Agaknya lepas jumpa D, apa pula yang dia nak gebang ek?
By the way, kawan-kawan keliling dah tahu pun perangai toxic mamat ni. Cuma belum sampai tahap nak pulaukan aje. Kesiankan?
Selama hari ni dia bermuka-muka depan orang lain, tapi dia tak sedar yang kawan-kawan pun tengah buat benda yang sama kat dia.
Kepada pelawak tu, ni Miss K nak pesan…Berubahlah kalau anda rasa mahu kekal relevan dalam industri ini ya. Lagi satu, belajar-belajarlah jadi ikhlas bila mendekati orang lain.
Ikhlas berkawan, bukan tikam belakang…! Berubahlah kalau nak rasa keberkatan dalam rezeki dan hidup sehari-hari.
MissK: Tak sabar nak tengok MLM 2021 Jumaat ni!
Must-Watch Video