Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Gagap Saya Ini Gagap Keturunan…Untuk Apa Saya Buat-Buat Gagap Kalau Benda Ni Buat Saya Menderita?” – Shashic

gempak
Fiza Kamarudin
16/11/2021
09:05 MYT
Sponsor Banner
#MLM2021: “Gagap Saya Ini Gagap Keturunan…Untuk Apa Saya Buat-Buat Gagap Kalau Benda Ni Buat Saya Menderita?” – Shashic
Pelawak, Shashic mengakui pernah mengalami depresi dan kemurungan serta pernah terfikir untuk berundur dari pentas komedi.
Menurut Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan, dia mengalami kemurungan selama satu tahun sembilan bulan pada awal tahun 2019.
“Bila saya mengalami depression ketika itu, saya jadi jarang bercakap dan murung. Sedar-sedar gagap ini datang balik, sampai saya rasa nak berhenti berkomedi.
“Tetapi support dari kawan-kawan buat saya cari jalan untuk terima diri sendiri dan jadikan kekurangan ini sebagai content dan kelebihan,” katanya.
Shashic mengakui gugup di pentas antara faktor menyebabkan gagapnya menjadi lebih teruk
Katanya, masalah pertuturan yang dialami merupakan gagap primer (keturunan).
“Saya gagap dari kecil dan gagap saya ni gagap primer (keturunan)…Dulu orang tak akan perasan saya gagap kecuali mak ayah dan kawan dari kecil.
“Untuk kurangkan gagap, saya mengawalknya dengan belajar menyanyi dan menghafal skrip dan mengaji al- Quran, sebab time tu je orang boleh tengok orang gagap ni tak gagap.
“Gagap tak akan hilang bila kita dah dewasa, tetapi hanya boleh mengurangkan. Saya kawal gagap saya sampai orang tak sedar saya gagap dan nampak macam normal.
“Tapi nak kawal tu…Hanya Allah SWT je yang tahu,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan ‘buat-buat’ gagap semata-mata ingin menarik perhatian dan meraih simpati juri serta penonton di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Shashic hanya ketawa.
"Kalau kat atas pentas gagap saya memang teruk sebab bercampur baur dengan nervous dan saya pertebalkan lagi..
"Kalau kat luar tak ada la teruk sangat cuma ada masa-masa tertentu...Sekarang pun kalau orang tak kenal saya, selagi saya boleh kawal saya kawal sebab masih ada perasaan malu sedikit. “Saya pun tak tahu macam mana nak buat-buat gagap, saya pun ada moral...Kalau saya buat-buat gagap, orang yang ada masalah gagap pun tak akan sokong saya dan perbuatan tersebut jatuh kepada ‘mengejek’.
“Kalau ada yang kata saya nak meraih simpati, mungkin juri dan penonton tak akan ketawa sebab kesiankan saya.. Untuk apa saya masuk pentas lawak tapi nak raih simpati?
“Nama pun pentas lawak, jadi itu tempat berlawak. Kalau nak meraih simpati baik say acari pentas lain…Tak payah pening-pening cari content comedy kalau nak raih simpati orang,” katanya.
Oleh itu kata Shashic, dia sudah lali dengan kata-kata negatif dan hinaan masyarakat mengenai kekurangan dirinya.
“Hidup saya dah keras dengan kawan-kawan mengejek saya masa kecil, mengawal gagap saya dulu dan mengalami depression…Vibes negatif sikit pun tak effect pada diri saya.
“Saya cuma harap netizen baca apa yang saya katakan ini supaya faham dan tak datang kan dosa dengan komen-komen negatif. Dah la tak effect saya, buat rugi je dapat dosa,” katanya.
Dalam pada itu Shashic berkata, dia lebih menghargai diri sendiri dan bertuah kerana memiliki keluarga serta teman-teman yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan moral.“Kekuatan saya adalah moral support dari keluarga, kawan-kawan dan berdamai pada diri sendiri dengan cara menerima diri sendiri.
“Jadi saya dah tak kisah kerana saya yakin orang macam saya pun ada tempat dalam industri,” katanya yang berjuang bersama kumpulan Bahye dalam MLM 2021.
Minggu lalu, persembahan Bahye mendapat pujian warganet dan ternyata nyanyi Shashic yang sempurna membuatkan ramai yang teruja.
Kumpulan Bahye berjaya berada di tempat pertama dan telah menerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 dan produk Abadi bernilai RM500.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live