Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MLM2021ApeCiter: Impian Bell Ngasri Jadi Kenyataan, Puteh Tak Boleh Tahan Sebak

Fiza Kamarudin
13/12/2021 12:15 MYT
Minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, menyaksikan kumpulan Otai menamatkan perjuangan mereka.

Penyingkiran tersebut sekaligus melayakkan lima kumpulan, iaitu, Bahye, Puteh, Tobat, Boro dan Tiro mara ke pentas akhir MLM 2021, Jumaat ini.

Persembahan kelima-lima kumpulan minggu lalu menunjukkan kelemahan pada pusingan pertama bertemakan Konti Radio kecuali Bahye, yang mendapat pujian juri.

Bagaimanapun dalam pusingan kedua bertemakan Hobi bersama artis jemputan, kesemua kumpulan mula bangkit.

Antara persembahan yang menarik perhatian ialah kumpulan Bahye yang menampilkan Filzah sebagai artis jemputan dan terbukti Bahye mampu mengawal Filzah di atas pentas dengan baik.

Bukannya apa, rasanya ramai tahu Filzah ini seorang yang ‘bising’ di atas pentas kalau tidak dikawal ya…Tapi nampaknya Bahye did a good job! Tahniah!

Seterusnya persembahan kumpulan Puteh bersama Joey mengusik emosi penonton apabila Ali menyebut tentang Allahyarham ibu dan abangnya, Abam.

Antara yang menyentuh perasaan ialah apabila Ali menyebut tentang ‘tagline’ Abam iaitu ‘Gemuk Is Awesome’ dan 'Kalau Baik Ramai Sayang'. Persembahan kedua ini turut menjadi tular di media sosial selepas tamat MLM 2021, minggu kesembilan.

Okay, ini part yang paling menarik, penonton di rumah dan PICC mungkin tidak tahu apa yang berlaku di belakang pentas kan.

Bell Ngasri yang juga anggota Tobat, menerima tepukan gemuruh daripada rakan-rakan di belakang pentas sebaik sahaja kumpulannya itu diumumkan layak melangkahkan kaki ke pentas akhir MLM 2021.

Selain tepukan gemuruh, sahabat-sahabat pelawak turut melaungkan nama Bell kerana impiannya menjadi kenyataan.

Untuk pengetahuan korang semua, Bell mula menyertai MLM sejak kali pertama ia dianjurkan dan MLM 2021 melakar sejarah buatnya apabila kali pertama bertahan sehingga ke peringkat akhir.

Sebelum ini penyertaan Bell bersama kumpulan-kumpulan lain antaranya, SHAKE (tersingkir di minggu kelima pada di MLM2016) dan ROJAK (tersingkir di minggu sebelum suku akhir pada MLM2019).

Untuk persembahan di minggu akhir Jumaat ini, setiap kumpulan perlu menyelesaikan dua cabaran dan menyediakan sketsa bertemakan bebas dan muzikal.

MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara ‘Backstage MLM 2021’, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.

Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
#Puteh #Bell Ngasri #maharaja lawak mega 2021 #MLM2021 #MLM2021ApeCiter