Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MLMApeCiter: “Buat Apa Suka Kalau Boleh Mencintai” – Pick Up Line PU Riz & Luahan Bell Tarik Perhatian

Fiza Kamarudin
06/12/2021 07:46 MYT
Minggu ni Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 sudah pun memasuki minggu separuh akhir dan sudah tentu ramai yang ternanti-ternanti persembahan mantap daripada enam peserta yang tinggal.

Pada minggu suku akhir Jumaat lalu menyaksikan kumpulan Tobat menyapu bersih 10 Ha dalam dua persembahan bertemakan Keraian dan Moral bersama tetamu jemputan.

Menariknya, kumpulan Tobat bukan sahaja berjaya menyapu bersih 10 Ha, tetapi sketsa yang dipersembahkan turut menjadi viral.

Dalam persembahan pertama, luahan hati Bell mengenai kehadirannya di dalam industri sejak sekian lama namun tidak pernah menerima sebarang anugerah, bagaimana pun kata Bell dia tidak pernah berputus asa kerana cintanya kepada dunia seni.

Kata-kata Bell itu membuatkan ramai yang tersentuh kerana walaupun dalam tawa, ungkapan tersebut sangat mendalam maknanya.

Seterusnya, menerusi persembahan kedua Tobat sekali lagi menggamatkan auditorium Putrajaya Convetion Centre apabila PU Riz memberikan pick-up line.

“Buat apa nak suka, kalau boleh mencintai…?” kata Riz ketika Ajak bertanyakan tentang Neelofa.

Ternyata persembahan Tobat pada minggu suku akhir sempurna apabila ia menjadi sebutan penonton dan tular!

Bagaimanapun, mungkin ada kerisauan pada Tobat kerana sudah tentu selepas persembahan ‘sempurna’ minggu lalu ekspetasi penonton terutama juri, akan lebih tinggi.

Apapun tahniah kepada semua kumpulan kerana berjaya mara ke minggu separuh akhir dan all the best untuk Tobat, Boro, Puteh, Tiro, Otai dan Bahye!


#PU Riz #maharaja lawak mega 2021 #MLM2021 #Kumpulan Tobat