,
Masked Singer 2

“Kawan-Kawan Pun Dah Mula Tanya Fasal Anak” - Remy Ishak Okay, Tak Rasa Annoying

Mya Amri
14/01/2022
01:56 MYT
Pelakon dan juri tetap The Masked Singer Malaysia 2, Remy Ishak belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Menurut Remy, dia dah isterinya, Ezza Yusoff terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan belum pernah berbincang soal cahaya mata.
“Apabila kembali bekerja dan masuk ke lokasi penggambaran, kawan-kawan pun dah mula tanya mengenai cahaya mata.
“Secara jujurnya perkara itu mula membuatkan saya terfikir hal anak. Sebelum ini saya dan isteri belum pernah berbincang mengenai cahaya mata.
“Tak adalah rasa serabut, saya okay sahaja bila orang tanya. Disebabkan pertanyaan mereka itu jugalah yang membuatkan saya terfikir tentang perkara ini.
“Tapi saya dan isteri memang betul-betul sibuk, jadual kerja kami juga penuh dengan kerja. Nak pergi berbulan madu pun belum berkesempatan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tambah Remy lagi, mereka sebenarnya merancang untuk menunaikan umrah namun terpaksa ditangguhkan.
“Masa mula-mula selepas kahwin, perancangan awalnya kami nak pergi umrah tapi tak boleh kerana ada sekatan.
“Kemudian apabila nak pergi jadual kerja kami pula padat dan difahamkan kita juga sudah tak dibenarkan buat umrah.
“Tak mengapalah, saya anggap masih belum rezeki kami untuk ke sana. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Remy diberi tanggungjawab sebagai juri tetap The Masked Singer Malaysia 2.
Selain Remy, seramai lapan lagi juri tetap dipilih iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
Filem

The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

gempak
08/06/2024
03:34 MYT
Lakonan hero malaya menerusi filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts, ternyata membuatkan ramai yang terpegun kelainan dibawakan oleh Remy Ishak.