Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: “Bawa Laptop, Siapkan Assignment Sebelum Perform” - Iman Troye Tetap Utamakan Pelajaran

Mya Amri
04/03/2022 05:35 MYT
Penyanyi Iman Troye tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar biarpun sibuk membuat persediaan sepanjang The Masked Singer Malaysia 2 sebelum ini.

Figura yang memakai kostum Aiskrim Roti ini menjelaskan agak sukar membahagikan masa antara kerjaya dan belajar namun itu bukanlah satu alasan untuk mengabaikan pelajaran.

“Saya tidak tangguh pengajian sepanjang berada dalam program itu. Kalau boleh memang tak mahu tangguh sebab saya rasa kalau tangguh lagi berat.

“Saya akui untuk membahagikan masa antara show dengan pelajaran memang sangat-sangat berat.

“Sementara menunggu giliran untuk saya buat persembahan, saya bawa laptop dan buat assignment terlebih dahulu dalam bilik yang disediakan.

“Jadi saya akui perkara itu agak sukar juga bagu saya tapi kalau anda betul-betul minat dan mahukan sesuatu maka itu bukanlah satu alasan untuk tolak ke tepi,” jelasnya kepada Gempak.

Minggu kelima menyaksikan penyingkiran Iman Troye sebagai Aiskrim Roti namun giliran kostum mana pula yang akan terkantoi malam ini?

BACA: TMSM2: Iman Troye Aiskrim Roti Lah! Netizen Hebat, Siap Lock Awal-Awal

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#The Masked Singer Malaysia #Iman Troye #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2