Masked Singer 2

TMSM2: Rambutan Vs Burung Hantu Paling Dinanti, Ini Senarai Lagu Separuh Akhir!

Mya Amri
25/03/2022
07:54 MYT
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Konsert separuh akhir The Masked Singer Malaysia 2 berlangsung.
Enam figura disebalik topeng ini akan menyampaikan dua tugasan lagu di mana salah satunya adalah pusingan duet.
Konsert separuh akhir ini dijangka memberikan saingan sengit dengan lontaran hebat vokal masing-masing.
Antara yang menjadi tumpuan adalah Rambutan ft Burung Hantu yang akan menyampaikan lagu berjudul Kill This Love nyanyian asal kumpulan BLACKPINK.
Seladang dan Orkid juga boleh tahan hebatnya kerana mereka akan menyanyikan lagu 7 Nasihat nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Tidak dilupakan juga Ratu Semut bersama Si Merak yang akan membuat persembahan dengan lagu popular, Beggin’ nyanyian asal Maneskin.
Berikut merupakan senarai penuh lagu Konsert Separuh Akhir:
Jangan lupa saksikan minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia 2 Jumaat ini guys.
Siapalah agaknya yang berjaya ke final eh? Nervous!
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THSS: Bertemakan Mega Dansa, Ini Senarai Lagu Tugasan Peserta Minggu Ke-3 The Hardest Singing Show

gempak
23/05/2024
11:55 MYT
Konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show bakal menyaksikan kesemua peserta akan menyampaikan persembahan bertemakan Mega Dansa.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4 (Recap): Bunga Matahari Juara! Ini Markah Penuh Peserta Pentas Akhir!

gempak
19/02/2024
03:55 MYT
Markah pentas akhir The Masked Singer Malaysia S4
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Siapa Juara Di Sebalik Topeng? Ini Tekaan Yang Dibuat Oleh Penonton!

gempak
18/02/2024
04:55 MYT
Siapa bakal dinobatkan juara?