Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSM2: "Tak Mahu Teka Dah, Nak Lock Sampai Final” - Burung Hantu Jadi Pilihan Netizen

Mya Amri
18/03/2022 11:36 MYT
Diam tak diam minggu ini sudah masuk minggu kelapan The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2) bersiaran.

Ini bermakna tidak lama lagi bintang TMSM2 bakal berentap untuk mendapat tempat di peringkat akhir.

Berdasarkan konsistensi persembahan terdahulu, nama Burung Hantu antara menjadi pilihan netizen untuk ke peringkat akhir.

Rata-ratanya mengatakan Burung Hantu memiliki suara yang bagus, gaya nyanyian yang stabil dan juga pemilihan lagu yang tepat membuat kostum itu sering berada di kedudukan tertinggi.

Malah ada juga yang berharap agar Burung Hantu menjadi juara untuk musim kedua kerana prestasi nyanyian yang sangat baik.




Jadi mari kita lihat adakah Burung Hantu dapat melangkah ke minggu separuh akhir seperti harapan netizen? Sama-sama kita nantikan malam ini.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Burung Hantu