Masked Singer 2
TMSM2: “Terima Kasih Pak Nil Percayakan Bakat Seladang” - Oh Wow! Netizen Dah Mula Petik Nama Amir Masdi Lah
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pentas akhir The Masked Singer Malaysia 2 akan bermula.
Kehangatan semakin terasa apabila netizen sudah mula membuat tafsiran tentang figura disebalik topeng yang bakal bergelar juara.
Lima finalis yang dimaksudkan adalah Seladang, Orkid, Burung Hantu, Ratu Semut dan Rambutan.
Bagaimanapun minggu ini nampaknya tumpuan netizen lebih kepada Seladang, malah mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada juri tetap, Datuk Aznil Hj. Nawawi kerana mempercayai bakat Seladang.
terima kasih Pak Nil sbb percayakan bakat Seladang ? yeayyyyy seladang ke akhir ??? #TheMaskedSingerMalaysia
— Thurayya Ezekiel ??? (@Aranghae_) March 25, 2022
Tidak cukup dengan itu, netizen juga sudah mula meneka nama Seladang hanya berdasarkan karakter dan juga tona suara.
Nampaknya nama yang paling disebut-sebut netizen dengan begitu yakin adalah penyanyi, Amir Masdi. Betul ke tu? Anda yakin? Heheh
Seladang ni power gila weh suara dia aduh tolonglah siapa Seladang ni? Siapa tuan punya badan yang memiliki suara hebat seperti ini????#TheMaskedSingerMalaysia#SelongkarKasiBongkar #SiapaDiSebalikTopeng https://t.co/pUmw5JmXzE
— sᴉuɐH (@haaaanishak) March 28, 2022
Bukan apa takut kenangan lalu kembali di mana ramai yang menekea Bujang Senang adalah Akim Ahmad namun figura sebenar adalah Sabbi Sadhi.
Siapa agaknya yang bakal bergelar juara musim kedua ini ya? Eh nervous!
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Must-Watch Video