,
Masked Singer 2022

Bukan Ayah Rani Kulup! Datuk Malek Noor Diumum Sebagai Figura Di Sebalik Maskot Abang Burger

Izwan Isa
06/01/2023
15:46 MYT
Menepati tekaan juri-juri The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3), pelakon dan bekas jaguh bina badan, Datuk Malek Noor didahkan sebagai identiti maskot Abang Burger pada minggu ini.
Pendedahan Malek Noor sebagai peserta kedua yang tersingkir menerusi konsert ketiga itu turut menandakan berakhirnya perjalanan beliau dalam TMSMY3 dan menutup andaian bahawa aktivis popular, Ayah Rani Kulup juga sebagai salah seorang peserta program berkenaan.
Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Abang Burger adalah:
Elly Mazlein - Malek Noor Zul Ariffin - Malek Noor Misha Omar: Ayah Rani Kulup Ella - Malek Noor Shuib Sepahtu - Malek Noor Emma Maembong - Shidi Sharnaaz Ahmad - Malek Noor Didie Alias - Malek Noor Atu Zero - Malek Noor
Minggu hadapan bakal menyaksikan 12 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Ragam Lucu, Pelat & Hyperaktif, Lima Maskot Musim Ketiga Ini Paling Diingati Netizen

gempak
19/12/2023
15:55 MYT
Maskot paling diingati last year.
Masked Singer 2022

[VIDEO] “Apa Yang Aku Mencarut?”- Bukan Senang Jadi Nyoq Muda! Syamel Nyanyi Lagu BIGBANG Tanpa Muzik Pun Best!

gempak
08/03/2023
07:50 MYT
Suara Syamel ni memang padu betul.
Artis Korea

[VIDEO]: “Bagusnya Bahasa Dia” - Makin Fasih, Ramai Puji Usaha Han Byul Cakap Melayu Ketika Ditemu Bual

gempak
05/03/2023
14:50 MYT
Suka dengar Han Byul cakap Melayu.
Laman Utama

Dikecam Selepas Bergelar Juara TMSMY3, Ayda Jebat Tidak Ambil Hati

gempak
04/03/2023
06:52 MYT
Laa, kenapa nak kecam Ayda Jebat pula?
Masked Singer 2022

Betta Fish Nombor Syatu! Ayda Jebat Dinobat Juara The Masked Singer Malaysia 3

gempak
03/03/2023
15:29 MYT
Tahniah Ayda Jebat! Alhamdulillah rezeki.