Hollywood
Penyanyi Ugut Sumbat Wartawan Dalam Bonet Kereta Jika Siar Artikel
Seorang wartawan daripada majalah terkenal, Vibe mendedahkan pernah menerima ugutan untuk disumbat ke dalam bonet kereta oleh penyanyi rap kontroversi, Sean Diddy Combs.
BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024 : Industri Hollywood Penuh Warna Warni Termasuk Kisah Jijik P. Diddy, Bollywood Pula Tampil Dengan Kisah Majlis Artis Kahwin Mencecah RM2.7 Bilion
Danyel Smith yang merupakan bekas Editor in Chief Vibe membuat pendedahan tersebut dalam siri dokumentari berjudul The Fall of Diddy.Smith mendakwa menerima ugutan tersebut pada tahun 1997 selepas dia tidak bersetuju untuk menunjukkan terlebih dahulu isi artikel dan foto yang akan dimuatkan dalam majalah tersebut.
Artikel tersebut aalah The Good, the Bad, and the Puffy yang telah disiarkan pada Disember 1997.
“Selepas penggambaran, Combs mahu melihat isi artikel sebelum disiarkan. Saya enggan memberikannya kerana ia bukan polisi buat kami untuk menunjukkan hasil kerja mereka sebelum disiarkan.
“Dia berang dan ugut saya. Combs kata dia mahu lihat saya mati dan disumbat dalam bonet kereta jika saya tidak menunjukkan terlebih dahulu isi artikel yang telah dibuat,” katanya seperti dilaporkan Rolling Stone.
BERITA TRENDING: Will Smith Nafi Kawan Sean Diddy Combs: “Saya Tak Buat Benda Bodoh”
BERITA TRENDING: Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian
Dan setelah ugutan itu, Smith juga baru sedar Combs telah datang ke pejabat bersama dua lelaki bertubuh sasa mencarinya.“Tapi saya tiada di pejabat,” dakwanya lagi.
Combs bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Must-Watch Video