Penggemar Badminton Mahu Si Tangkis Buat Persembahan Di PMO2023?
Izwan Isa
01/01/2023 04:50 MYT
01/01/2023 04:50 MYT
Nampaknya, maskot Si Tangkis yang kini bertanding dalam The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) sudah mula mendapat perhatian daripada peminat sukan badminton!
Menerusi beberapa kemas kini di Twitter, ada yang mencadangkan supaya Si Tangkis membuat persembahan sempena dengan Petronas Malaysia Open 2023 yang bakal bermula pada 10 Januari depan.
Selain itu, terdapat juga perbandingan gambar bulu tangkis gergasi yang dipamerkan pada Petronas Malaysia Open 2022 dengan maskot Si Tangkis ketika membuat persembahan di atas pentas.
Sehingga kini, identiti Si Tangkis masih belum didedahkan.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 13 lagi maskot berentap dalam TMSMY3. Maskot-maskot tersebut ialah Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda dan Dewi Angsa.
Barisan juri tersebut adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.
Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan menjadi pertaruhan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.
TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.