Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY3: “Kak Yuyu Tahu Tengah Sedih, Ni Just For Fun Je” - Idayu Okay, Tak Mahu Peminat Rasa Emo

Mya Amri
25/02/2023 02:45 MYT
Penyanyi, Idayu berharap peminat tidak mengambil serius terhadap penyingkirannya yang merupakan maskot Mawar Berduri dalam The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Menurut Idayu, penyertaannya dalam program ini hanyalah untuk berseronok dan sekadar suka-suka.


“Now finally saya dah boleh tidur lena! Lepas ni dah boleh serang kak Yuyu. Saya reda. Sekian dari saya, Mawar Berduri.

“Simpan sini untuk kenangan, korang jangan nak emo-emo lepas ni, kak Yuyu tahu semua tengah sedih. Ingat ini for fun je okay,” coretnya di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Idayu juga turut berkongsi pengalaman memyeronokkan sepanjang menjadi Mawar Berduri.

Menurut Idayu, dia bersama suaminya menyimpan amanah besar itu selama setahun.

“Hampir setahun Idayu, suami @yunfadzil dan baby @aryanrifaiofficial menyimpan rahsia, akhirnya terbongkarlah segalanya.

“Terima kasih pihak @astromalaysia dan kepada team The Masked Singer Malaysia musim ke-3 kerana merisik Idayu untuk menyertai game show yang terpaling menarik dan meriah abad ini.

“Harap maaf sekiranya terkurang atau terlebih tugasan yang telah diberikan setiap minggu, mohon ampun sebab terpaksa menipu.

“Jenuh nak cover line untuk korang, terlebih buat kantoi... Terkurang bunyi buruk pula. Alhamdulillah segala berjalan lancar.

“Kepada semua fans yang gigih dan bijak pandai meneka saya, you guys memang awesome! sampai ada yang sanggup DM kak Yuyu nak ugut segala bagai.

“I’m so sorry sebab tak dapat nak jawab soalan- soalan tu dan terpaksa diam dari keluarga dan rakan-rakan,” jelasnya.


BACA: #TMSMY3: “Dia Sorang Je Ada Suara Serak Angin Tu” - Tembakan Netizen Tepat! Idayu Memang Mawar Berduri

Terdahulu, ramai menyatakan rasa sedih dan terkejut apabila Idayu yang memiliki suara merdu ini tersingkir di minggu separuh akhir TMSMY3.

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Idayu #The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3 #Masked Singer 2022 #The Masked Singer 2022