Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY3: Netizen Locked Mengena! Si Tangkis Bukan Wany Hasrita Tapi Amsyar Lee!

Mya Amri
03/02/2023 16:26 MYT
Selama tujuh minggu bertahan, akhirnya penyanyi di sebalik maskot Si Tangkis akhirnya terjawab iaitu Amsyar Lee.

Si Tangkis merupakan antara maskot The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang suaranya sering diteka sama ada milik Siti Nordiana, Wany Hasrita atau pun Amsyar Lee.

Bagaimanapun nampaknya tekaan netizen mengena kali ini apabila nama Amsyar diumumkan sebagai maskot yang tersingkir.

Minggu ini, Si Taangkis menyampaikan lagu berjudul Angkara nyanyian asal Siti Nordiana.

Selain Si Tangkis, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Dewi Angsa dan Mr Parrot.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Si Tangkis adalah:

Elly Mazlein - Wany Hasrita

Zul Ariffin - Wany Hasrita

Misha Omar - Amsyar Lee

Shuib - Amsyar Lee

Ella - Amsyar Lee

Sharnaaz Ahmad - Wany Hasrita

Emma Maembong - Wany Hasrita

Atu Zero - Nabila Razali

Didie Alias - Wany Hasrita

TMSMY3 dijurikan minggu ini adalah Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero, Emma Maembong dan Misha Omar.

Manakala Ella Aminuddin merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Mengekalkan format asal program realiti The King of Mask Singer, kesemua peserta TMSMY musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh sambil menyembunyikan identiti masing-masing.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#maskot #The Masked Singer Malaysia #Amsyar Lee #The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3 #Si Tangkis #Masked Singer 2022