Skip to main content

Viral

Mdno Titip Pesanan, Bukan Untuk Gen Z Tapi Semua Orang - “Jangan Ulas, Jangan Take Side…”

Mdno

Sekilas

  • Muhammad Noor Zakaria atau Mdno menasihatkan supaya tidak memberi ulasan mengenai masalah rumah tangga orang lain terutama di media sosial.
  • Mdno tekankan bahawa hanya pihak yang terlibat secara langsung sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup.
  • Beliau bimbang ulasan yang dibuat boleh membuka ruang kepada fitnah dan andaian tidak benar terhadap sesuatu cerita.

Pencipta kandungan kesihatan, Muhammad Noor Zakaria atau lebih dikenali sebagai Mdno menitipkan nasihat buat semua agar tidak memberi ulasan mengenai masalah rumah tangga orang lain.


 

Menerusi perkongsian di Threads, peringatan tersebut bukan sahaja untuk wargamaya sebaliknya ia juga ditujukan kepada dirinya sendiri.


 

“Anggap ni nasihat untuk diri Mdno dan semua tau. Boleh ke kita berazam lepas ni, bila melibatkan hal ehwal rumah tangga orang lain, selagi kita bukan  pihak-pihak yang directly terlibat, bukan saksi mata, bukan saksi telinga, bukan ahli keluarga, bukan pihak-pihak yang baca dokumen, bukan siapa-siapa, kita berazam tak ambil side dan ulas apa-apa, terutama kita ulas dan tinggalkan di social media.


 

“Sebab rumah tangga ni, apa berlaku behind close door, kita memang tak tahu,” katanya.


 

Pada perkongsian lain, Mdno memberitahu dia bimbang ulasan yang dibuat itu boleh membuka ruang kepada fitnah dan andaian tidak benar terhadap sesuatu cerita.


 

“Pesanan Mdno untuk diri sendiri dan semua, jangan ulas jangan take side sebab takut kita dah buka ruang kepada fitnah-fitnah, andaian-andaian tak benar.


 

“Sayang laa… kita orang baik kan semua kan? Jadi kita jangan buat macam itu lagi okay?” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement