,
Muzikal Lawak Superstar 2

MLS2: Danial Paling Menang! Netizen Setuju - “Allah Sayang Semua… Kalau Pejam Mata Ingat Ustaz Ebit”

Mya Amri
12/03/2021
09:26 MYT
Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Danial Zaini menjadi perhatian penonton dengan lawaknya yang bersahaja minggu lalu.
Boleh dikatakan Danial yang membawakan watak sebagai seorang ustaz itu merupakan man of the match bagi kumpulan Heart minggu lalu.
Imbas kembali persembahan kumpulan Heart Jumaat lalu ternyata impak yang diberikan oleh Danial betul-betul membantu dua lagi sahabatnya iaitu Ezad Lazim, Azmi Saat dan tetamu jemputan Shamsul Ghau Ghau.
Sehingga hari ini, masih lagi ada penonton yang mengulang kembali persembahan mantap kumpulan Heart itu.
Dengan memakai jubah, berjanggut, berkopiah serta memiliki ‘tahi lalat’ di bahagian pipi, gaya Danial itu sekaligus menginggatkan netizen kepada pendakwah serta dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Selain itu gaya percakapan dan juga ungkapan “Semua Allah sayang” yang diucapkan Danial boleh dikatakan mirip Ebit Lew.
Persembahan itu juga membuatkan Heart menduduki tempat pertama dengan jumlah markah sebanyak 54.79%.
Bagaimanapun pula dengan persembahan Heart malam ini?
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.
Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.
Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat lalu selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.
Bagaimanapun MLS2 tetap mematuhi SOP yang ditetapkan dan berlangsung tanpa penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77

gempak
02/07/2022
03:26 MYT
Tahniah Danial dan Yasmine!
Laman Utama

Tiro Rancang Nak Buat Sitkom, Ikut Jejak Langkah Senario

gempak
19/01/2022
07:52 MYT
Macam kumpulan Senario dulu-dulu...
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Tiro Menjadi Bukan Sebab Saya Seorang, Tapi Apa Yang Dipersembahkan Idea Kami Bertiga” – Danial

gempak
03/11/2021
12:20 MYT
Apa yang pentingggg....kerjasama!
Laman Utama

“Risau Ada Yang Tak Makan Berminggu, Minum Air Paip Je” - Danial Zaini Beri Bantuan Ikhlas, Bukan Nak Kejar Publisiti

gempak
05/07/2021
09:58 MYT
Mana yang termampu, kita berikan sumbangan.
Laman Utama

“Abang Tidur Dalam Senyum Je” – Man Raja Lawak Happy Dah Buat Rawatan Betulkan Gigi

gempak
11/05/2021
05:15 MYT
Amboi Man, nampaknya makin kerap senyum lah lepas ni hehehe